Neville Bingung Memikirkan Lukaku Yang Dibiarkan Untuk Mempunyai Berat Berlebihan

Pengkritik bola sepak tersohor, Gary Neville berkata beliau tidak faham mengapa Manchester United boleh membiarkan Romelu Lukaku memiliki berat badan yang berlebihan.

Lukaku sebelum ini berkata perubahan pada fizikalnya adalah disebabkan oleh otot yang dibinanya pada musim panas lalu. Namun begitu, Lukaku mengakui lebihan ‘muscle’ tersebut telah merencatkan prestasi beliau dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ini Lukaku gemok. Too much muscle bodoh yang tidak sesuai dengan seorang penyerang

Bekas penyerang Everton juga percaya beliau perlu membuang ‘muscle’ tersebut dan kembali kepada bentuk fizikal yang asal bagi membolehkan prestasi kembali ke landasan yang benar.

Namun begitu, Neville yang mewakili Manchester United selama 19 tahun berkata beliau bingung dan keliru mengapa Manchester United membiarkan perkara tersebut berlaku terhadap Lukaku.

“Saya pernah bergelut dengan masalah berat dan mungkin ia berlaku disebabkan bagaimana kehidupan saya sebagai pemain bola sepak dahulu.” Ujar Neville kepada Monday Night Football.

“Anda tidak boleh sama sekali memandang rendah pada persiapan diri. Anda boleh bermain buruk, memberikan gol kepada pihak lawan, melakukan kesilapan, melepaskan peluang menjaringkan gol, perkara-perkara ini macam ni akan berlaku dalam perlawanan.”

Ini Lukaku lama. Fit dan tiada otot yang berlebihan.

“Tetapi sebenarnya, jangan sekali-sekali pandang rendah pada persiapan diri. Adakah saya bangun setiap pagi ? Adakah saya mengikut pemakanan yang betul ? Adakah saya pergi ke gym pada masa yang tepat ? Adakah saya mengikut program yang disediakan ?”

“Anda boleh persoalkan Lukaku sama ada beliau mengikut program yang betul dengan dirinya. Selepas itu, mungkin anda boleh mempersoalkan staff kejurulatihan.”

“Dalam era moden sekarang ni, anda mempunyai 55 staff sokongan dalam setiap pasukan bermula dari ‘nutrionist’, ‘strength’, dan jurulatih ‘conditioning’.”

“Sebab itulah saya bingung untuk faham apabila terdapat pemain dibiarkan untuk merasakan dirinya mempunyai otot yang berlebihan dan berat berlebihan. Terutamanya, ia berlaku ketika beliau cergas.”

Liverpool akan menanti kunjungan seteru tradisi, Manchester United di Old Trafford pada hujung minggu nanti dan Neville telah diminta untuk memberikan kesebelasan campuran terbaik di antara kedua-dua pasukan.

Akan tetapi, berdasarkan prestasi Lukaku sekarang, Neville tidak mempunyai tempat untuk meletakkan penyerang Belgium dalam pasukan pilihannya.

Lukaku yang dulu bukannya Lukaku yang sekarang. Dulu power sekarang hampeh

“Saya rasa Lukaku yang bermain di Piala Dunia untuk Belgium mampu memasuki pasukan ini dengan mudah. Tetapi Lukaku yang bermain untuk Manchester United musim ini kelihatan seperti tidak mempunyai keyakinan.”

Apabila ditanya adakah beliau akan menurunkan Lukaku dalam kesebelasan utama Red Devils dalam perlawanan itu nanti, jawapan yang keluar dari mulut Neville mungkin mengecewakan Lukaku.

“Tidak, saya akan gunakan sistem yang lebih mobile. Saya akan gunakan kesebelasan utama yang United sedang gunakan sekarang.”

BACA:  Antony; Lahir Dari Neraka, Ajaib Di Ajax Dan Kontroversi Di Manchester United