Neville: “Boateng Ingat Dia Franz Beckenbauer !”

Dua bekas pemain Manchester United, Gary Neville dan Roy Keane mengkritik persembahan yang dipamerkan Jerome Boateng ketika Jerman menang tipis 2-1 ke atas Sweden awal pagi tadi.

Neville dan Keane kini sedang bertugas sebagai penganalisa bola sepak untuk stesen televisyen ITV dan mereka jelas tidak gembira dengan apa yang dipamerkan Boateng sebelum beliau diarahkan meninggalkan padang pada minit ke-82 selepas mengutip dua kad kuning.

Boateng, ko bukan level Franz Beckenbauer nak main relaks macam tu

Anak buah Joachim Low memerlukan kemenangan dari perlawanan tersebut selepas dikejutkan Mexico dalam aksi pembukaan minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Jerman dipaksa berhempas pulas oleh Sweden sehingga ke tiupan wisel terakhir sebelum mengesahkan 3 mata berharga.

Sweden terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang, Ola Toivonen pada minit ke-32 sebelum Marco Reus menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Keadaan menjadi lebih sukar buat Jerman selepas itu apabila Boateng dikenakan kad merah kerana mengutip dua kad kuning.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Jerman memperolehi sepakan percuma berdekatan penjuru kotak penalti.

Peluang itu tidak dipersiakan Toni Kroos yang berjaya melengcongkan bola untuk menewaskan penjaga gol Sweden, Robin Olsen pada minit ke-95 waktu kecederaan.

Boateng diarahkan meninggalkan padang kerana mengutip kad kuning ke-2

Walau bagaimanapun, persembahan Jerman masih lagi jauh dari tahap sebenar dan Boateng telah dikenal pasti sebagai salah satu punca mengapa pertahanan Jerman mudah untuk dibolosi.

“Jerome Boateng berjalan di atas padang macam beliau sedang bermain di liga tempatan hari Ahad. Persembahan Boateng sangat memalukan. Jerman harus keluarkan beliau.” Ujar Roy Keane ketika diminta mengulas mengenai persembahan Boateng ketika menentang Sweden.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Gary Neville yang mengkritik persembahan pemain pertahanan tengah Jerman dalam perlawanan tersebut.

“Pendapat Roy Keane amat tepat sekali. Pemain pertahanan tengah Jerman bermain sangat buruk. Pemain yang saya maksudkan di sini adalah Jerome Boateng. Atas beberapa sebab yang tidak diketahui, beliau ingat beliau bermain seperti Franz Beckenbauer. Beliau pernah bermain di bawah Pep Guardiola dan mula percaya beliau seorang pemain yang hebat.”

“Persembahan Boateng pada separuh masa pertama sangat buruk. Beliau seperti sedang berangan dan suka berkeliaran di bahagian atas.”

Mujur Toni Kroos ada

Hajat Roy Keane untuk melihat Boateng dikeluarkan dari perlawana tertunai apabila pemain Bayern Munich itu diperintahkan untuk meninggalkan padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-82.

Walaubagaimanapun, Jerman bernasib baik apabila meraih gol kemenangan pada waktu kecederaan menerusi sepakan percuma Toni Kroos yang dibantu oleh Marco Reus.

“Jerman bermain dengan lebih baik tanpa Boateng di atas padang.” Tambah Keane yang tersenyum kepuasan.

BACA:  Keane Percaya Liverpool Tidak Akan Pernah Rindukan Sadio Mane