Pengulas sukan tersohor Sky Sports, Gary Neville bersama rakan setugasnya, Jamie Carragher dan GraemeS Souness mengkritik persembahan Manchester United ketika dimalukan Everton 4-0 di Goodision Park semalam.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, Manchester United meneruskan rentetan kekalahan apabila mengalami kekalahan ke-6 dari 8 perlawanan terdahulu apabila mudah dijinakkan Everton.
Kekalahan ini juga menyebabkan impian United untuk menamatkan musim ini dalam kelompok 4 teratas menjadi semakin sukar dengan saingan Liga Perdana Inggeris hanya berbaki 4 perlawanan sahaja lagi.
Ramai yang mengutuk persembahan anak buah Ole Gunnar Solskjaer, termasuk penyokong United sendiri yang kini sedang bersembunyi di Gua Musang.
Lagenda United ketika era Sir Alex Ferguson dulu, Gary Neville turut tidak ketinggalan dalam melontarkan kecaman terhadap barisan pemain yang jelas tidak mempamerkan persembahan sebenar mereka.
“Saya ingin berlaku jujur kepada anda, saya memang amat marah. Saya amat marah kerana Ole Gunnar Solskjaer terpaksa pergi ke luar sana untuk meminta maaf mewakili para pemain.”
“Saya sentiasa cakap kepada Manchester United sepanjang 7 tahun yang lepas, jika anda mempunyai ‘ganja’ di taman, anda perlu membuangnya. Tetapi terdapat beberapa ‘Japanese Knotweed’ di kelab bola sepak ini dan ia menyerang asas rumah ini dan perlu ditangani dengan betul.”
“Jose Mourinho, peminat mula2 menyokong beliau tetapi akhirnya mahu beliau keluar. Kali ini peminat tentu tidak mahu Ole Gunnar Solskjaer keluar dan akan terus menyokongnya.”
“Saya menonton perlawanan Manchester City semalam, mereka berada dalam situasi dimana United sepatutnya berada, iaitu di persada Liga Perdana Inggeris bersaing dengan Liverpool.”
“Bernardo Silva, Raheem Sterling, Kevin De Bruyne, David Silva, semua pemain ini lebih baik dari pemain yang berada dalam bilik persalinan Manchester United sekarang. Mereka ini juga bekerja dua kali ganda lebih keras dari pemain United.”
“Everton berlari 4 km lebih dari Manchester United pada separuh masa pertama. Dan anda lihat pada Liverpool, seteru utama mereka. Mereka berjuang untuk setiap inci padang ketika bermain.”
“Pemain Manchester United…. agak memalukan untuk melihat sesetengah pemain di atas padang. Saya cukup cukup marah. Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada Ole untuk melakukan perkara yang perlu beliau lakukan.”
“Pihak kelab akan menyokong penuh Ole tetapi ada satu masalah besar. Persembahan hari ini amat ‘busuk’.”
Rakan sekerja Neville yang juga lagenda Liverpool, Jamie Carragher turut berkongsi pendapat dan menganggap persembahan Manchester United ketika tumpas kepada Everton sebagai paling buruk pernah disaksikannya sepanjang beberapa tahun ini.
“Ia merupakan persembahan paling buruk dari pasukan Manchester United yang pernah saya saksikan sejak saya bekerja dengan Sky.”