Neville Percaya Man Utd Akan Serang Lubuk Liverpool Ahad Ini

Gary Neville menzahirkan rasa percaya dan yakin Manchester United memilih titik lemah atau lubuk dalam pasukan Liverpool yang akan menjadi sasaran semasa pertembungan mereka pada ahad ini.

Hujung minggu ini, Manchester United akan bertandang ke Anfield dan berdepan saingan sengit Liverpool dalam pertembungan raksasa yang dinanti-nantikan.

Anak-anak buah Jurgen Klopp lebih unggul dalam beberapa musim kebelakangan ini selepas menewaskan Red Devils dengan agregat 9-0 dalam dua perlawanan musim lalu.

Walau bagaimanapun, musim ini, Manchester United kembali insaf dan mula mempamerkan prestasi hebat melebihi jangkaan ramai sementara Liverpool terus bergelut.

Menjelang perlawanan pada hari Ahad, bekas bek kanan Manchester United, Gary Neville telah meramalkan bahawa rancangan permainan Erik ten Hag akan menyasarkan Trent Alexander Arnold.

Bercakap kepada Sky Sports, Neville berkata: “Mereka akan menyasarkan Trent Alexander-Arnold.”

“Rashford bermain di bahagian itu, begitu juga dengan Luke Shaw. United menyerang dengan baik di bahagian itu. Rashford berada dalam bentuk yang sukar dipercayai dan dia akan menyukainya.”

“United pasti akan menyasarkannya tetapi mereka juga akan menyasarkan keseluruhan empat pemain belakang kerana Liverpool telah menunjukkan mereka mempunyai kelemahan sepanjang musim. United akan rasa mereka boleh mendapatkan hak mereka.”

Tidak dinafikan kebolehan menyerangnya yang jelas tetapi permainan pertahanan Alexander Arnold telah berada di bawah mikroskop dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Neville tidak memperlekehkan kemampuan Arnold dalam menyerang terutamanya kualiti hantaran yang dimiliki tetapi bukan kemampuan bertahan pemain itu:

“Saya tidak pernah melihat seseorang di belakang kanan menendang bola seperti yang dilakukan Alexander-Arnold tetapi saya selalu merasakan jika dia tidak menjalankan tugas pertahanannya, ia akan mendatangkan masalah kepadanya.”

“Saat itu telah tiba.”

Walaupun Liverpool bergelut musim ini, Neville telah memberi amaran kepada United bahawa mereka perlu melakukan yang terbaik untuk meraih kemenangan.

“Man United pada hari Ahad perlu berada pada tahap terbaik mereka dan lebih untuk menewaskan Liverpool. Ini adalah pasukan Liverpool yang boleh dirosakkan oleh Man United jika mereka menunjukkan daya tahan dan kualiti yang kita lihat daripada mereka baru-baru ini.”

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar untuk Liverpool. Saya selalu fikir Liverpool akan berjuang untuk empat teratas, mereka jelas mendapat satu lagi kemenangan pada malam Rabu menentang Wolves.”

Sudah pasti perlawanan antara Liverpool dan Manchester United tidak akan menjadi perlawanan mudah buat Erik Ten Hag tambahan pula mereka beraksi di Anfield.

Baca Juga

Baca Juga