Neville Percaya United Perlu Tandatangani Pemain Ini Berbanding Declan Rice

Gary Neville telah mendedahkan pemain midfield England yang beliau rasakan Manchester United perlu tandatangani berbanding Declan Rice.

United sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani Declan Rice namun Neville percaya setan merah sepatutnya berusaha mendapatkan pemain lain.

Bekas pertahanan United itu menegaskan yang Ole Gunnar Solskjaer seharusnya mencuba untuk mendapatkan bintang muda Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Jude Bellingham berjaya mencuri perhatian ramai atas aksi hebat yang beliau pamerkan dalam saingan Bundesliga dan Champions League musim ini.

United sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani bintang West Ham, Declan Rice dan mereka sudah dikaitkan dengan pemaim England itu sejak dua jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Ia kerana United dikatakan sangat terdesak untuk mendapatkan pemain di posisi defensive midfielder dan Rice dikatakan calon paling sempurna untuk ditandatangani.

Walau bagaimanapun, penyampai Sky Sports, Neville percaya Bellingham yang kini baru berusia 18 tahun bakal menjadi nadi utama dalam bola sepak Inggeris.

Ketika sesi soal jawab di twitter baru-baru ini, Neville menjawab soalan tentang:

“United boleh menandatangani salah seorang sahaja dari Jude Bellingham atau Declan Rice pada musim panas akan datang. Yang mana satu kamu pilih?”

Neville dengan mudah menjawab:

“Bellingham.”

Tahun lalu, United dilaporkan sangat terdesak untuk menandatangani Jude Bellingham dari kelab asalnya, Birmingham City.

Walau bagaimanapun, pemain muda itu lebih memilih untuk menyertai Borussia Dortmund kerana yakin dengan cara bagaimana gergasi Bundesliga itu mengurus dan mengembangkan bakat-bakat muda mereka.

Selepas gagal untuk mendapatkan Bellingham dengan nilai £25 juta dari Birmingham, United mungkin perlu sediakan dana bernilai £100 juta untuk mendapatkan bintang England itu dari Borussia Dortmund.

Walau bagaimanapun, United sepertinya lebih mudah untuk mendapatkan Rice berbanding Bellingham dan tiada masalah untuk mereka membawa bintang West Ham itu ke Old Trafford pada musim panas ini.

Melihat kepada apa yang United perlukan pada ketika ini, bintang West Ham itu sepertinya lebih sesuai untuk ditandatangani berbanding Bellingham.

Bintang berusia 22 tahun itu lebih dominan dan bagus dalam membantu barisan pertahanan dan ia jelas merupakan hal paling diutamakan oleh United pada ketika ini.

Declan Rice berjaya menarik minat kedua-dua Manchester United dan Chelsea pada musim panas baru-baru ini, selepas melihat kecemerlangan beliau bersama skuad kebangsaan England dalam saingan Euro 2020.

Memandangkan Rice merupakan bekas pemain akademi Chelsea, kelab dari London itu dilihat mempunyai kelebihan untuk mendapatkan khidmatnya.

Walau bagaimanapun, ia terletak pada keputusan West Ham sendiri dengan mereka yang mempunyai kuasa terbesar untuk menentukan ke mana mahu mereka lepaskan Rice.

Sementara Bellingham pula, beliau sepertinya tidak akan dilepaskan oleh Borussia Dortmund dan setidak-tidaknya beliau bakal beraksi satu musim lagi di Signal Iduna Park.

Melihat kepada usianya, tiada masalah atau kepentingan untuk pemain muda itu dalam mencari kelab baru pada ketika ini, dengan beliau jelas mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia bola sepak.

Tidak akan mengejutkan andai melihat beliau bakal menjadi bintang besar satu hari nanti, selepas melihat kecemerlangan yang beliau pamerkan di usia muda seperti ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Analisis Aras Tinggi: 7 Sebab Manchester United Kalah Bermaruah Di Tangan Real Sociedad