Neville: Pochettino Calon Sempurna Gantikan Tempat Mourinho

Bekas pemain Manchester United, Gary Neville percaya Mauricio Pochettino adalah individu paling layak untuk menggantikan tempat Jose Mourinho di Old Trafford.

Manchester United akhirnya memecat Mourinho sekitar pukul 6 petang tadi dan pembantunya, Michael Carrick akan menggalas tugas Mourinho dalam waktu terdekat ini sementara pihak kelab mencari pengurus sementara sehingga hujung musim ini.

Mourinho merupakan pengurus ke-3 yang dilantik Manchester United sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan pasukan tersebut pada tahun 2013. David Moyes dan Louis Van Gaal dibawa masuk untuk mengemudi Red Devils selepas itu tetapi trofi Liga Perdana Inggeris masih lagi gagal untuk dibawa kembali ke Old Trafford.

Poket Tino calon paling sesuai dimata Neville. Siapa setuju ?

Musim ini menyaksikan pelbagai masalah melanda skuad Setan Merah dan menyebabkan mereka mencatatkan permulaan musim paling buruk sejak 28 tahun yang lalu.

United kini berada di tangga ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris, 19 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool yang menewaskan mereka 3-1 pada hujung minggu lalu.

Neville yang kini bekerja sebagai penganalisa bola sepak di Sky Sports, percaya pengendali Tottenham mempunyai segala-galanya untuk menjawat jawatan pengurus di Old Trafford.

“Saya pernah cakap musim lepas Mauricio Pochettino patut menjadi pengurus Manchester United yang seterusnya.”

Pochettino memenuhi 3 kriteria yang ditetapkan Neville untuk bergelar pengurus United

“Jika saya lihat pada nilai-nilai yang ada pada United, dan lihat pada kepercayaan Pochettino terhadap pemain muda Tottenham dan Southampton.”

“Anda lihat pada tahap persembahan beliau dan juga corak permainan yang dibawanya. Anda juga boleh lihat bagaimana beliau membawa diri sepanjang masa, sama ada dari segi peribadi atau umum.”

“Saya sangat bernasib baik kerana dapat meluangkan masa selama 2, 3 hari di padang latihan Tottenham. Dan bagi saya, Pochettino adalah calon paling ideal.”

“Akan ada pihak yang berkata ‘tidak’, tetapi Manchester United telah pon mencuba pengurus yang pernah memenangi trofi Eropah, pengurus yang pernah memenangi pelbagai kejuaraan liga, dan pengurus yang mempunyai pengalaman luas dalam Liga Perdana Inggeris.”

Menang dua trofi UCL pon tak jalan

“Saya berpendapat Manchester United memerlukan seseorang yang mampu memenuhi tiga prinsip utama sesebuah kelab bola sepak iaitu menaikkan pemain muda, bermain bola sepak yang menghiburkan dan dapat memenangi perlawanan bola sepak.”

“Jadi buat masa sekarang, saya hanya nampak Pochettino. Tetapi akan ada pihak yang akan cakap Pochettino tidak pernah memenangi sebarang trofi bersama Tottenham.”

“Tetapi dengan ‘net spend’ sekitar -£29 juta sepanjang 4 tahun yang lalu, saya rasa beliau telah melakukan satu kerja yang cukup bagus.”

“Beliau telah melakukan kerja paling menakjubkan dan saya rasa beliau adalah calon paling menonjol ketika ini.”

Pada awal musim Gary Neville masih menaruh kepercayaan kepada Mourinho walaupun ura-ura sudah ada Mourinho bakal dipecat selepas tewas kepada Spurs.

Walaupun mencatatkan permulaan yang buruk, Gary Neville percaya Mourinho masih lagi individu yang tepat untuk membimbing United musim ini.

Neville memberi amaran United tidak boleh berterusan menukar pengurus setiap kali keputusan di atas padang tidak berpihak kepada mereka.

“Kita lihat bagaimana Louis Van Gaal dipecat walaupun beliau berjaya memenangi Piala FA. Kita juga melihat David Moyes dipecat walaupun liga masih mempuyai baki 4 perlawanan. Disebabkan itu, Manchester United bukan lagi sebuah kelab yang mengukur kejayaan berdasarkan sejarah lampau.”

“Saya akui kita berada di masa yang berlainan dan mempunyai cabaran yang berlainan. Tetapi berdasarkan pandangan jujur saya mengenai perkara ini, Ed Woordward baru sahaja memberikan kontrak baru kepada Mourinho musim lepas dan Mourinho patut diberi peluang untuk menamatkan kontraknya di sini.”

“Anda tidak boleh sentiasa menukar pengurus. Saya ada dengar cerita mengenai sindrom ‘tahun ke-3’ Mourinho. Kita tidak boleh menolak cerita ini kerana ia pernah berlaku sebelum ini.”

Itu ketika awal musim kini Mourinho sudah dipecat.

BACA:  Ibrahimovic Anggap Capello Sebagai Pengurus Terbaik Beliau, Bukan Mourinho