Gary Neville koyak apabila Jamie Carragher mengiktiraf Manchester City dan Liverpool telah mencipta perseteruan terhebat dalam bola sepak Inggeris pada era moden.
Era Klopp dan Guardiola menyaksikan dua pasukan tersebut menguasai bola sepak Inggeris. Dengan kedua duanya masing masing menjadi juara liga dan juara eropah.
Seterusnya, Man City dan Liverpool turut memenangi kejuaraan Piala Dunia kelab pada era Klopp dan Guardiola di sana.
Manchester United pula sejak ditinggalkan Alex Ferguson sentiasa berada di belakang Man City. Mereka gagal untuk menghadirkan persaingan lebih konsisten.
Terbaru Neville menganggap kenyataan Carragher itu mengguris hati peminat Manchester United yang mahu terus diiktiraf sebagai pasukan yang mewujudkan perseteruan epik dan terbaik dengan Arsenal.
Ini kerana dalam tempoh 1998 sehingga 2004 Arsenal ada 3 kejuaran liga dan United pula ada 4 kata Neville.
Menurut Neville: “Saya maksudkan, kenyataan Carragher bahawa Liverpool vs Man City adalah perseteruan yang terhebat adalah mengguris hati.
“Daripada 1998 sehingga 2004, Arsenal menang 3 kejuaraan liga, Manchester United ada 4. Itu perseteruan yang sangat sengit dan berkualiti. Semua yang kamu mahukan dalam perseteruan bola sepak.
“Dalam enam musim terakhir Liverpool cuma menang 1 je EPL. Ini adalah satu kehancuran nyata.
“Dan Ian Wright [legenda Arsenal] ada di situ tidak menegur [Carra] adalah sesuatu yang sukar dipercayai.”
🗣️ Gary Neville: "I mean Carragher’s statement that Liverpool vs Man City is the greatest rivalry is offensive."
"From 98 to 2004 Arsenal won three titles, Man United won four. It was blood, thunder, quality. Everything you would want in a rival."
"In the last six years,… pic.twitter.com/ZuSAz1I1fn
— Football Talk (@FootballTalkHQ) March 12, 2024
Manchester United kini di landasan yang tepat kata Erik Ten Hag. Yang sebelum ini yakin pasukannya sepatutnya ada 14 lagi kemenangan tambahan daripada rekod sedia ada jika tidak kerana kecederaan.
“Tiada pasukan boleh menghadapi masalah kecederaan yang sangat teruk. Kami akan menjadi kuat apabila semua pemain kami tersedia selepas ini,” tegas Ten Hag.
“Keputusan yang kami capai pada Januari dan Februari bukti bahawa pasukan ini sangat berkualiti dan kami akan menjadi sangat kuat di masa akan datang,” tambah Ten Hag lagi.
Manchester United masih kekal optimis untuk mara ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan. Dengan Erik Ten Hag sudah maklum bahawa, tempat kelima turut ada peluang untuk mara ke UCL berdasarkan peraturan kelayakan baharu digunakan dalam UCL.