Pemain Lagenda Manchester United masih power walaupun tewas kepada Chelsea, Marouane Fellaini telah memfailkan saman £2.1 juta terhadap syarikat pakaian sukan terkemuka dunia yang dari Amerika Syarikat, New Balance.
Pemain tinggi lampai dan kacak bergaya dengan rambut menawan dari Belgium itu merupakan duta kepada syarikat pakaian dari Amerika Syarikat itu sejak 2012 apabila menandatangan kontrak selama 4 tahun.
Marouane Fellaini dilaporkan telah bersedia untuk bercerai dengan New Balance yang dilaporkan telah membayar beliau sebanyak £600,000 atau kira-kira RM3,345,757.58 mengikut tukaran wang ringgit semasa.
Saman dikemukan oleh Fellaini kerana kualiti kasut bola yang rendah dari New Balance telah membawa kerosakan kepada kakinya sekaligus boleh memberi kesan kepada prestasinya. Hati Fellaini mungkin terluka dengan terlukanya kaki beliau.
Pemain berusia 29 tahun mengemukankan saman atas sebab ‘kualiti yang teruk’ di mana kasut tersebut perlu di stim dan diregangkan oleh Kit Man Manchester United sebelum Fellaini pakai unttuk perlawanan.
Sejak musim lepas Fellaini telah tidak lagi menggunakan kasut dari New Balance dan mula memakai kasut bola dari Nike yang bukan buatan Gombak.
Fellaini mendakwa kakinya boleh mengalami kerosakan apabila memakai kasut tersebut dan telah berulang kali menyatakan rasa kecewa, duka dan laranya kepada pengeluar kasut tersebut.
Pasukan guaman Fellaini berkata mereka juga akan menyaman New Balance atas sebab ‘loss of employment, inconvenience and impact on performance’ atau dalam bahasa Melayunya ‘ ‘kehilangan pekerjaan, kesulitan dan impak terhadap prestasi’ kesan daripada pemakaian kasut bola tersebut.
Maklum balas daripada syarikat pengeluar kasut tersebut pula menyatakan bahawa pelanggan mereka, Fellaini telah memberi gambaran bahawa kasut tersebut sebagai ‘sempurna’, malah telah membuat tempahan sebanyak 12 pasang lagi.
Boleh tahan pening jugak Fellaini ni, kasut teruk tapi siap order 12 pasang lepas tu saman. Mungkin kerana inilah Fellaini mengalami kemerosotan prestasi dan kini kembali pulih.