Newcastle Akan Julang EPL Dulu Sebelum Man Utd

Newcastle United akan julang Premier League terlebih dahulu sebelum Manchester United mampu untuk memenangi gelaran liga ke-21 mereka.

Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh penyampai talkSPORT, Jason Cundy yang percaya Newcastle akan terlebih dahulu menang liga sebelum Man United.

Skuad kendalian Eddie Howe itu berjaya menewaskan Aston Villa 1-0 pada hujung minggu lalu, dengan mereka kini akan terus memantapkan skuad sedia ada selepas berbelanja agak besar pada Januari lalu.

The Magpies sejak dimiliki oleh Syarikat konsortium Arab Saudi itu kini merupakan kelab paling kaya dalam dunia bola sepak, dan jelas sekali kewangan mereka bakal menjadi penarik utama kelab.

Cundy percaya dengan kewangan yang kukuh Newcastle akan mampu menarik lebih ramai bintang dan ia secara tak langsung bakal membantu mereka memenangi lebih banyak kejuaraan di masa hadapan.

Ketika ditanya siapa beliau fikir akan menang liga terlebih dahulu antara Newcastle dan Manchester United, Cundy dengan segera menjawab:

“Saya mungkin akan lebih memilih Newcastle United.”

“Adakah kamu benar-benar yakin?”

Soal Andy Goldstein sebelum Cundy menjelaskan secara terperinci tentang keputusan beliau.

“Saya fikir ya saya yakin. Lihat apa yang telah Manchester City lakukan dengan duit mereka dan bagaimana mereka berbelanja sekarang, lihat pada apa yang telah Chelsea lakukan dengan duit mereka dan lihat bagaimana mereka berbelanja.”

“Kedua-dua kelab itu bukan untuk menjana duit. Chelsea dan Man City ada cara yang mereka tak risau tentang duit tapi mereka fikir tentang kejayaan. Ia bukan hanya kerana mata wang. Manchester United, sekarang, keutamaan mereka bukanlah tentang Piala.”

Newcastle pada jendela perpindahan Januari ini mereka telah menandatangani Kieran Trippier, Chris Wood, Dan Burn dan Bruno Guimaraes.

Mereka kini sedang berada di kedudukan ke-17, empat mata mengatasi Norwich untuk terus berada di zon selamat.

The Magpies tidak pernah memenangi kejuaraan utama sejak dari tahun 1955 dan mereka ketika itu hanyalah mampu menjuarai saingan FA Cup.

Sudah tentu dengan memiliki kedudukan ekonomi yang kukuh, Newcastle akan mampu untuk menandatangani pemain-pemain berprofil tinggi dan ia jelas sekali akan beri impak kepada aksi mereka di atas padang.

Tidak akan mengejutkan sama sekali seandainya Newcastle akan mampu untuk berada di kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League pada dua ke tiga musim akan datang.

Dan seandainya mereka mampu mendapatkan barisan pemain bintang berstatus free ejen pada musim panas ini, tidak mustahil musim depan mereka akan mencabar tempat untuk layak ke kejuaraan Eropah.

Manchester United sementara itu berada di kedudukan kelima dalam carta saingan liga pada ketika ini, dengan mereka gagal memanfaatkan bintang-bintang besar yang mereka ada untuk berada di kedudukan lebih baik.

Setan merah pada jendela perpindahan musim panas lalu mereka telah berjaya menandatangani Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo.

Melihat skuad mereka masih gagal untuk bersaing, pimpinan kelab kemudiannya memutuskan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer dan melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab sehingga akhir musim ini.

Mereka hanya mencatatkan satu kekalahan sahaja di bawah kendalian Ralf Rangnick dalam saingan Premier League, namun dari segi kualiti persembahan, United dianggap sedang berada di titik terlemah mereka pada ketika ini.

Laporan dari pelbagai sumber turut mendedahkan yang para pemain tidak gembira dengan kaedah latihan yang diterapkan oleh Ralf Rangnick.

Lebih teruk lagi, para pemain turut mengejek pembantu Ralf Rangnick, Chris Armas sebagai ‘Ted Lasso’ dan ia jelas sekali satu hal yang tidak disenangi oleh ramai pihak.

United kini sudah lima tahun tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan, dan tidak keterlaluan untuk menganggap yang mereka akan sekali lagi menamatkan saingan musim ini dengan tangan kosong.

Setan merah masih ada dalam saingan Champions League, namun untuk melihat mereka mara lebih jauh atau muncul sebagai Juara, ia adalah satu hal yang agak sukar.

Walau bagaimanapun, tiada apa yang mustahil untuk berlaku, mungkin benar mereka akan mampu untuk menjulang gelaran Champions League musim ini, siapa tahu kan?

Sumber: SPORTbible

BACA:  Man Utd Masih Dominasi Top 6 Perpindahan Termahal Di Dalam Sejarah EPL