Newcastle Kini Dalam Perundingan Untuk Mendapatkan Coutinho

Newcastle United kini diambang untuk menjadi sebuah pasukan terkaya dalam dunia bola sepak. Oleh kerana itu mereka semakin hangat dikaitkan dengan ramai pemain berprofil tinggi.

Mike Ashley dilaporkan sudah bersedia untuk melepaskan pasukan Newcastle kepada syarikat Konsortium Arab Saudi yang mana semua urusan telah dipersetujui oleh lembaga pengarah mereka.

Pengumuman rasmi pengambil alihan Newcastle United kepada Hartawan Saudi Arabia itu masih belum diumumkan dan bakal dihebahkan selepas semua urusan penukaran pemilik selesai.

Walau belum rasmi bertukar hak milik, Newcastle kini kerap dikaitkan dengan ramai bintang terkenal dunia bola sepak.

Sebelum ini Arturo Vidal mendedahkan bahawa beliau sangat berminat untuk menyertai revolusi Newcastle dan mahu beraksi bersama pasukan itu musim hadapan.

Tidak lama selepas itu muncul pula khabar angin yang mengatakan bahawa Newcastle akan membawa Kylian Mbappe sekiranya selesai penukaran hak milik pasukan.

Sewaktu peminat the magpie bergembira dengan rumours perpindahan Mbappe, giliran Edinson Cavani dan Dries Mertens pula dikaitkan dengan menyertai mereka musim hadapan.

Nabil Fekir dan Kalidou Koulibaly antara pemain yang baru dikaitkan dengan Newcastle dan terdapat laporan mengatakan bahawa pihak kelab sudah menghantar wakil untuk berunding dengan kedua pemain tersebut.

Terbaru Newcastle dilaporkan berminat untuk mendapatkan Philippe Coutinho untuk menyertai mereka menghadapi saingan musim hadapan.

Coutinho sendiri pula masih menyayangi Liverpool dan sangat menginginkan untuk kembali beraksi bersama the reds.

Jadi alasan beliau untuk menolak beraksi bersama pasukan lain di Premier League adalah kerana tidak mahu mengkhianati Liverpool.

Oleh kerana itu, Coutinho lebih memilih untuk sertai Bayern Munich secara pinjaman dari kembali ke Premier League.

Tetapi sayangnya Coutinho tidak berjaya untuk menambat hati pengurusan Bayern Munich bagi menandatangani beliau secara tetap.

Dengan tidak di duga, bulan lalu Coutinho dilaporkan telah membuat keputusan U turn untuk kembali beraksi dalam saingan premier league.

Coutinho kononnya mengutamakan tawaran dari Liverpool sebelum memikirkan tawaran lain, tetapi Liverpool awal-awal sudah menarik diri dari persaingan untuk mendapatkannya.

Skuad kendalian Jurgen Klopp sama sekali tidak menunjukkan minat untuk mendapatkan semula Coutinho.

Klopp sendiri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Liverpool tidak mampu untuk membayar nilai yang diletakkan oleh Barcelona untuk Coutinho.

Sebelum ini Barcelona dilaporkan meletakkan tanda harga minimum £120 juta untuk Coutinho. Selepas tidak menerima tawaran dari mana-mana pasukan mereka menurunkan harga kepada £85 juta.

Nilai pasaran pemain semakin susut ekoran dari impak penularan virus Covid-19. Oleh kerana itu Barcelona sanggup menerima tawaran serendah £57 juta saja untuk melepaskan Coutinho.

Selain Newcastle, Chelsea dan Everton juga menunjukkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat dari pemain kebangsaan Brazil itu.

Namun sekiranya Newcastle selesai urusan penukaran hak milik maka mereka dilihat lebih berpengaruh untuk memancing Coutinho menyertai mereka musim hadapan.

Semakin mengancam senarai pemain yang diburu oleh Newcastle musim hadapan.

Dengan kebanyakkan pasukan mengalami masalah ekonomi ekoran dari penularan wabak Covid-19, Newcastle nampak lebih gah untuk mendapatkan pemain bintang jendela perpindahan musim panas nanti.

BACA:  Klopp: Liverpool & City Tunjuk Bagaimana Bolasepak Harus Dimainkan