Newcastle sudah Mulakan Rundingan Untuk Mendapatkan Koulibaly

Newcastle United dilaporkan kini sudah menghubungi bintang pertahanan yang hebat, Kalidou Koulibaly untuk menandatanganinya musim panas nanti.

Bakal pemilik baru pasukan Newcastle itu akan membuat pengumuman mengejut berkenaan urusan perpindahan pemain bagi menghadapi musim baharu nanti.

Terdapat laporan yang mendakwa bahawa kini The Magpies sedang dalam sesi rundingan untuk menandatangani pertahanan terbaik dunia Kalidou Koulibaly.

Ia adalah langkah awal yang bakal dilakukan oleh kumpulan konsortium yang berpangkalan di Arab Saudi itu, sekiranya berjaya mengambil alih Newcastle dengan nilai £300 juta.

Kelihatannya pemilik baru sangat berminat untuk mendapatkan bintang Napoli, Koulibaly, yang mana pemain ini turut menjadi sasaran oleh setan merah.

Newcastle mahu memintas setan merah dalam pemburuan untuk menandatangani pemain pertahanan berusia 28 tahun itu.

Hal ini kerana menurut Foot Mercato, mereka sudah terlebih dahulu menghantar wakil untuk berunding dengan Koulibaly bagi menandatangani pemain tersebut.

Koulibaly sendiri sudah dimaklumkan tentang minat pemilik baru Newcastle yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan dari sumber yang sama, presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis sanggup untuk melepaskan pertahanan terbaiknya tetapi mungkin akan melibatkan nilai perpindahan sebesar £70 juta.

Newcastle turut Berminat untuk mendapatkan bintang Paris Saint Germain, Edinson Cavani dan bintang Real Betis, Nabil Fekir.

Penyerang Uruguay berusia 33 tahun itu sudah dihubungi oleh Newcastle untuk menandatanganinya pada jendela perpindahan musim panas ini.

Manakala bintang Perancis itu pula telah menarik minat pemilik baru Newcastle untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 26 tahun itu pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dan Chelsea ketika jendela perpindahan musim panas lalu dan nilainya ketika itu sekitar £43 juta.

Newcastle sudah menyiapkan senarai pemain untuk mereka dapatkan selepas selesai urusan pertukaran pemilik nanti.

Kylian Mbappe, Dries Mertens, Harry Kane, Edinson Cavani, Arturo Vidal dan Koulibaly, apa akan berlaku jika mereka beraksi bersama untuk Newcastle?

Mereka berkemungkinan akan mencabar Liverpool sebagai pasukan penakluk bumi dan kuasa besar bola sepak dunia.

Selesai urusan penukaran pemilik nanti, jendela perpindahan pemain musim panas ini bakal disajikan dengan pelbagai kejutan.

BACA:  Bagaimana Eddie Howe Gunakan Keangkuhan Erik Ten Hag Untuk Cabar Pemainnya Campak Setan Merah Ke Neraka