Newcastle Tutup Laluan Arsenal Untuk Layak Ke Champions League

Arsenal berdepan tamparan hebat dalam usaha mereka mahu mengakhiri saingan Premier League di kedudukan empat teratas.

Kekalahan 2-0 bertemu Newcastle United awal pagi tadi jelas sekali bakal memberi impak yang tak diinginkan dan The Gunners turut berpotensi untuk tak layak ke saingan Champions League musim hadapan.

The Gunners pada ketika ini hanya mempunyai baki satu perlawanan sahaja sebelum mengakhiri kempen saingan musim ini.

Mereka pula pada ketika ini dua mata berada di belakang Tottenham Hotspur dan andai skuad kendalian Carlo Ancelotti itu menang perlawanan terakhir mereka, maka Gunners tak mungkin akan dapat beraksi di pentas saingan Champions League.

Sepertinya kelebihan untuk layak ke saingan Champions League sudah langsung tidak dimiliki oleh skuad kendalian Mikel Arteta itu pada ketika ini.

Dua kekalahan secara berturut-turut di tangan Newcastle United dan Tottenham Hotspur jelas sekali menyukarkan mereka untuk mendapat slot ke saingan Champions League musim hadapan.

Skuad kendalian Antonio Conte membelasah Arsenal 3-0 minggu lalu, sebelum Gunners hari ini tewas 2-0 di tangan Newcastle United.

Gol sendiri jaringan Ben White dan gol minit akhir jaringan Bruno Guimaraes sudah cukup untuk menutup laluan Arsenal ke saingan Champions League.

Newcastle United sememangnya agak dominan dalam perlawanan ini dengan Arsenal sementara itu tak langsung tak mampu melakukan apa-apa melainkan redho sahaja dengan kekalahan tersebut.

Newcastle konsisten menunjukkan peningkatan mereka dengan skuad The Magpies itu pada suku pertama musim ini sedang berada di zon penyingkiran, dan kini mereka berada di kedudukan ke-12 dalam carta saingan liga.

Tottenham Hotspur sementara itu akan beraksi bertemu Norwich City selepas ini, sementara Arsenal pula bakal turun beraksi bertemu Everton.

Kelebihan sepertinya berpihak kepada Tottenham Hotspur dengan mereka sudah ada kelebihan dua mata sebelum turun beraksi dalam perlawanan terakhir.

Arsenal sementara itu akan lebih tertekan kerana mereka mahu memburu tiga mata dan sangat berharap agar Tottenham Hotspur akan keciciran mata.

Manchester United dan West Ham United turut berdepan hal yang sama pada ketika ini, dengan mereka kini hanya dipisahkan dengan dua mata sahaja untuk merebut slot ke Europa League.

West Ham perlu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan terakhir mereka dan perlu berharap agar Man Utd akan keciciran mata dalam perlawanan terakhir mereka.

Hanya satu pasukan dari mereka yang akan dapat slot ke Europa League, sementara satu lagi pasukan akan beraksi di pentas Europa Conference League.

Situasi hampir sama dengan keadaan di puncak saingan liga, dengan Liverpool dan Manchester City juga berpotensi untuk bersaing hingga ke hari terakhir nanti.

Selepas sekadar mencatatkan keputusan seri bertemu West Ham United malam semalam, Man City kini sepertinya telah membuka ruang untuk membenarkan Liverpool memintas.

Jika mereka sebelum ini mempunyai kelebihan tiga mata dengan baki perlawanan yang sama, Man City kini hanya mendahului The Reds dengan kelebihan empat mata namun anak-anak buah Jurgen Klopp itu mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Seandainya Liverpool mencatatkan kemenangan bertemu Southampton nanti, maka pemenang saingan Premier League hanya akan ditentukan pada aksi terakhir musim ini.

Liverpool hanya perlu mencatatkan kemenangan bertemu Wolverhampton Wanderers, sementara Man City terpaksa berdepan Aston Villa yang dikendalikan oleh Steven Gerrard.

Legenda Liverpool itu sudah tentu sedikit sebanyak akan terdetik dihatinya mahu Man City keciciran mata agar bekas kelabnya akan muncul Juara saingan Premier League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ole Anggap Klopp Punca United Kurang Dapat Penalti