Newcastle United Bakal Turunkan Lord Karius Dalam Final Piala Carabao

Nick Pope nampaknya harus meratapi penggantungannya daripada aksi final Piala Carabao, menentang Manchester United yang akan dilangsungkan hujung bulan ini.

Ianya adalah final pertama Newcastle dalam pertandingan domestik sejak 1999.

Dan pasukan itu juga dalam prestasi terbaik mereka pada musim ini di bawah kendalian Eddie Howe.

Namun berlaku peristiwa yang tidak diduga. Apabila penjaga gol padu mereka, Nick Pope menerima kad merah dalam aksi Newcastle menentang Liverpool di St James’ Park.

Liverpool kembali ke landasan

Liverpool menghidupkan harapan mereka untuk mengejar slot empat teratas dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan tangga keempat, Newcastle United.

Dalam perlawanan yang sama, Nick Pope dibuang padang dan membuatkannya digantung daripada perlawanan akhir Piala Carabao.

Newcastle hanya tewas sekali – kepada Liverpool April lalu. Dan dalam aksi di St James’ Park, mereka menelan satu lagi kekalahan di tangan Liverpool.

Gol pertama Darwin Nunez dalam Liga Perdana sejak November membolehkan Liverpool mendahului.

Nunez menerima hantaran cantik daripada Tren Alexander Arnold, dia mengawal bola dengan kaki dan dadanya sebelum melepaskan percubaan persis peluru berpandu.

Tidak lama selepas itu, penyokong pelawat bersorak gembira sekali lagi. Kali ini bingtan €35 juta The Reds, Cody Gakpo menjaringkan gol kedua untuk pasukannya.

Dan dia telah berjaya untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut.

Pope dibuang padang

Pada minit ke-22 segalanya menjadi serba tak kena buat Newcastle apabila Nick Pope dilayangkan kad merah.

Ini selepas Pope keluar daripada kawasannya dan cuba memintas bola daripada Mohamed Salah. Malangnya dia terciduk dan menangkap bola itu di luar kotak penalti.

Dalam konteks lebih buruk, Pope akan terlepas aksi berdepan Man United dalam aksi Piala Carabao. Dengan Martin Dubravkska sudah dikira cup-tied kerana pernah muncul bersama pasukan lain untuk pertandingan itu.

Kini Newcastle ada pilihan ketiga iaitu Lloris Karius. Yang merupakan lord segala lord di posisi penjaga gol pada generasinya.

Walaupun bermain dengan 10 pemain dalam tempoh yang lama, anak anak buah Eddie Howe mengatasi kelemahan itu dengan baik dan mempunyai peluang untuk merapatkan jaringan.

Tetapi palang dan Alisson menjadi penghalang mereka. Alisson melakukan 2 penyelamatan luar biasa dalam perlawanan ini.

Dengan kemenangan ini, Liverpool kini hanya dibezakan 6 mata daripada 4 teratas.

Jika mereka meneruskan rentak lagi, maka mereka boleh berada di 4 teratas dalam carta liga. Ketika ini Liverpool sudah tidak boleh menanggung impak daripada keciciran mata lagi.

Peminat Newcastle bimbang

Lloris Karius menjadi perhatian sejurus selepas tamat perlawanan. Ini kerana penyokong Newcastle menyedari bahawa kini nasib kelab mereka berada di tangan penjaga gol itu pada aksi final nanti.

Mereka  mulai bimbang kalau kalau Karius kerasukan roh kelakar sekali lagi dalam aksi final itu nanti.

Newcastle sebelum ini memanggil semula Dubravska kembali daripada pinjaman di Man United. Dan mereka meminjamkan Karl Darlow ke kelab lain.

Dubravska tidak boleh beraksi lagi dalam Piala Carabao ataupun Piala EFL ini.

Adakah Karius akan berjaya membantu Newcastle menamatkan penantian panjang kemarau piala mereka?

Jurgen Klopp meminta Newcastle United bertenang, kerana menrutnya, mereka sudah memiliki salah seorang penjaga gol yang boleh diharapkan.

Klopp berkata: “Mereka ada Karius, penjaga gol yang boleh diharapkan. Ya, agak malang mereka kehilangan Pope, memang kurang bernasib baik.”

“Tetapi Karius penjaga gol yang sangat hebat, sebab itulah Newcastle menandatanganinya.”

Baca Juga

Baca Juga