Newcastle United Bakal Umum Pemilik Baru Minggu Ini

Pemindah milikan pasukan Newcastle dari Mike Ashley kepada syarikat Konsortium Arab Saudi sepertinya akan diumumkan pada minggu ini.

Rundingan tersebut berakhir dengan kegagalan pada tahun lalu, namun ia sepertinya bakal berlaku pada tahun ini, selepas halangan yang menghalang urusan pemindah milikan ini pada tahun lalu berjaya diselesaikan.

Syarikat Konsortium Arab Saudi telah berjaya menyelesaikan masalah Saudi dengan beIN Sports berkait penyiaran Premier League secara haram.

Kedua-dua belah pihak diharapkan akan mengumumkan kejayaan rundingan tersebut pada hari ini.

Sky Sports News melaporkan yang syarikat Konsortium Arab Saudi, Premier League dan Newcastle sedang berusaha keras untuk memastikan urusan pengambil alihan kelab boleh diumumkan secepat mungkin.

Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa ia akan diumumkan malam ini, namun ada beberapa hal yang masih perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Tidak ada jaminan yang pengambil alihan itu boleh diumumkan pada hari ini atau esok, namun kesemua pihak berharap agar segala urusan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Para penyokong Newcastle tentunya berharap saga pengambil alihan kelab yang sudah berjalan sejak 18 bulan lalu mampu dimuktamadkan.

Pemilik baru merupakan Syarikat Pelaburan milik Arab Saudi, ‘Public Investment Fund (PIF)’ yang akan memegang 80 peratus saham dan akan mengakhiri pemilikan kontroversi Mike Ashley sejak 14 tahun yang lalu.

Syarikat Konsortium itu sebelum ini pernah menarik diri dari membeli Newcastle pada Julai 2020, atas beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, syarikat Konsortium tersebut berjaya menyelesaikan segala masalah itu terutama permasalahan antara mereka dengan beIN sports berkait penyiaran saingan Premier League secara haram.

beIN tidak mampu menyiarkan apa-apa siaran di Arab Saudi sejak empat tahun setengah yang lalu, atas masalah berkait hubungan diplomatik.

Namun masalah tersebut juga dikatakan sudah boleh diselesaikan pada ketika ini.

Syarikat Konsortium Arab Saudi itu juga mahu melabur dana yang besar pada jendela perpindahan Januari ini, selepas urusan pengambil alihan kelab berjaya dimuktamadkan.

Wartawan Sky Sports News, Keith Downie melaporkan bahawa:

“Perkembangan utama dalam hal ini adalah ia bakal diumumkan pada hari ini.”

“Semua pihak, Newcastle, Premier League dan Syarikat Konsortium sendiri sedang berusaha untuk menyelesaikan rundingan pada masa yang ditetapkan, dengan mereka berharap agar Newcastle akan berada di bawah pemilikan pemilik baru menjelang aksi bertemu Spurs selepas tamat rehat antarabangsa nanti.”

“Rundingan sedang dalam proses untuk dimuktamadkan, urusan besar akan diselesaikan malam ini. Pengumuman berkait pengambil alihan Newcastle yang melibatkan dana bernilai £300 juta akan diumumkan oleh Syarikat Konsortium pada lewat hari ini.”

“Ia merupakan berita yang sangat dimahukan oleh para penyokong Newcastle. Dengan para penyokong dangat terdesak untuk melihat kelab mereka diambil alih oleh pihak lain.”

“Pemilik yang lebih meyakinkan akan memegang 80 peratus saham dalam Newcastle, dan ia jelas berita gembira untuk Newcastle.”

Selesainya urusan pembelian mega ini nanti bermaksud berakhirnya 13 tahun pemilikan Mike Ashley terhadap pasukan dari timur laut, Newcastle United itu.

Pemilik baru pasukan The Magpies adalah Konsortium milik Amanda Staveley yang disokong kuat oleh manusia terkaya Arab Saudi dengan memperoleh 80% hak milikan pasukan.

Amanda Staveley kini sedang mendahului tawaran untuk mendapatkan Newcastle yang mana beliau disokong kuat oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Syarikat Konsortium milik Arab Saudi itu turut melibatkan Billionaire dari ahli perniagaan Britain yang berjaya, The Reuben Brothers yang memiliki 10% pemilikan.

Newcastle United boleh menjadi pasukan yang berbelanja paling besar pada jendela perpindahan musim panas nanti.

The Magpies akan menjadi kelab paling banyak melabur dari kalangan pasukan di premier league selepas urusan pengambilalihan benar-benar selesai dan diyakini mereka masih mengikuti peraturan financial fair play.

Sekiranya Mike Ashley dibenarkan untuk menjual kelabnya, maka Newcastle akan menjadi salah sebuah pasukan terkaya di dunia.

Menurut sumber laporan dari the Shield Gazette, pemilik baru masih boleh berbelanja besar pada Januari nanti dengan tidak melanggar peraturan FFP.

Bercakap kepada north east outlet, pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire menjelaskan:

“Saya telah mengurangkan jumlahnya dan NUFC mempunyai keuntungan FFP sekitar £82 juta selama dua musim terakhir hingga penghujung 2018/19. kerugian yang dibenarkan adalah £105 juta dalam jangka masa tiga tahun.”

“Anggap saja pemilik baru menandatangani pemain dengan empat tahun kontrak, mereka boleh menghabiskan sekitar £150-200 juta dalam satu jendela perpindahan atau satu musim dan mereka masih dalam limit yang ditetapkan oleh premier league.”

“Itulah antara kepintaran Mike Ashley, dan sangat tepat untuk mengatakan beliau seorang ahli perniagaan yang sangat genius, dia meninggalkan kelab dengan status kewangan yang sempurna dan mampu untuk menarik minat mana-mana hartawan yang berminat untuk ceburi dunia bola sepak ini.”

Sumber: Sky Sports

BACA:  Semakin Ramai Pengerusi Kelab Mahu Premier League Dibatalkan