Newcastle United Berminat Untuk Menandatangani Xherdan Shaqiri

Menurut laporan Dominic King dari Daily Mail, bintang Liverpool, Xherdan Shaqiri merupakan pemain yang berada dalam radar Newcastle United sekarang.

Newcastle dilaporkan berminat untuk mendapatkan Xherdan Shaqiri selepas kesemua urusan pengambilalihan pasukan selesai yang mana ketika itu, The Magpies akan menjadi antara pasukan terkaya di dunia.

Bakal pemilik baru pasukan Newcastle sudah menghubungi ejen kepada Shaqiri, dan Liverpool sendiri tidak akan menghalang pemain berusia 28 tahun itu untuk berunding dengan the Magpies.

Shaqiri sukar untuk mendapat tempat sebagai kesebelasan utama dalam pasukan Liverpool sejak menyertai the reds pada musim panas 2018 dari Stoke City.

Beliau sering diletakkan dibangku simpanan dan selalunya tidak akan diturunkan, hal ini kerana prestasi luar biasa trio serangan Liverpool Sadio Mane, Mo Salah dan Roberto Firmino.

Namun begitu, Shaqiri tetap dianggap antara squad depth player yang sangat bagus. Beliau juga merupakan antara nadi kebangkitan Liverpool dalam aksi separuh akhir liga Juara-juara musim lalu menentang Barcelona.

Shaqiri sendiri tidak menafikan bahawa beliau mungkin akan meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pihak Newcastle United sangat berharap mereka akan dapat memancing pemain kebangsaan Switzerland itu dengan projek baharu mereka nanti.

Newcastle United bakal menjadi salah sebuah pasukan terkaya di dunia jika pengambilalihan ini berjaya disempurnakan.

Pertukaran hak milik yang melibatkan nilai £300 juta dari Konsortium Arab Saudi kepada Mike Ashley itu sudah mendapat lampu hijau dari Premier League sendiri.

Newcastle sudah menyenaraikan ramai pemain berkelas dunia untuk dibawa menyertai pasukan musim hadapan dan mereka turut dalam perundingan untuk mebawa masuk pengurus pasukan berkelas dunia.

Edinson Cavani, Arturo Vidal, Dries Mertens, Philippe Coutinho, Kalidou Koulibaly dan terbaru Xherdan Shaqiri antara pemain berprofil tinggi yang ingin dibawa masuk oleh Newcastle musim hadapan.

Massimiliano Allegri dan Mauricio Pochettino pula antara pengurus pasukan yang ingin dibawa masuk untuk menggantikan Steve Bruce.

Sekiranya urusan pengambilalihan ini berjaya maka Newcastle akan menjadi salah sebuah pasukan yang bakal memberi saingan dipentas domestik mahupon Eropah.

Lihat saja perubahan yang berlaku kepada Manchester City dan Paris Saint Germain selepas mendapat pemilik baru yang mempunyai kekayaan luar biasa.

Sekiranya Liverpool mahu melepaskan Xherdan Shaqiri, mereka tentunya perlu untuk menandatangani pemain yang mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

BACA:  Klopp Dedah Punca Sebenar Shaqiri Dikeluarkan Walaupun Beraksi Cemerlang