Newcastle United Juara!

Pasukan Newcastle United telah sah bergelar juaga EFL Championship, liga divisyen 2 England, setelah menewaskan Barnsley 3-0 di tempat sendiri pada hari Ahad hasil jaringan Ayoze Perez, Chancel Mbemba dan Dwight Gayle di St. James Park.

Nasib ternyata menyebelahi mereka apabila pencabar terdekat, Brighton Hove & Albion melepaskan gol pada minit-minit akhir perlawanan kepada Aston Villa sekaligus memberi peluang Newcastle memotong mereka di kedudukan teratas pada hari terakhir perlawanan.

Secara keseluruhan selepas 46 perlawanan, Newcastle mengutip 94 mata dan menjaringkan 83 gol, dan Brighton pula di tangga kedua dengan 93 mata.

Empat pasukan yang bakal bersaing di pusingan kalah mati kelayakan ke Liga Perdana ialah Reading, Sheffield Wednesday, Huddersfield dan juga Fulham – pasukan yang menjaringkan jumlah gol yang palling banyak sepanjang kempen ini.

Sementara itu bekas juara Liga Perdana Inggeris, Blackburn Rovers menerima nasib yang lebih malang apabila tersungkur ke 22 liga, sekaligus bakal diturunkan ke EFL League 1 – liga divisyen 3 England. Menenmani Blackburn ialah Wigan dan juga Rotterham.

Rafa Benitez, pengurus Newcastle, berkata dia sangat gemuruh ketika menantikan keputusan perlawanan antara Aston Villa dan Brighton. Sebaik sahaja keputusan akhir perlawanan tersebut diketahui, perasaan gembiranya tidak dapat digambarkan.

“Kau nak aku cerita perasaan aku, tapi aku tak tahu nak cakap macam mana dalam bahasa Inggeris.

“Aku boleh cakap dalam bahasa Sepanyol, tapi nanti kau tak faham pula!” katanya kepada wartawan selepas perlawanan.

“Kami tahu semuanya bergantung kepada kami.

Kali terakhir Benitez senyum begini adalah ketika Liverpool memenangi Liga Juara-juara.

“Kami cuma perlu jalankan tugas kami dan aku selalu cakap kepada pemain aku, kita tak boleh mempengaruhi keputusan perlawanan lain.

“Hari ni, bila Brighton jaringkan gol, aku macam ‘ok, main je lah, kita buat kerja kita’

“Tapi kau, selepas Aston Villa jaringkan gol je, kau dengar penyokong bersorak kau jadi tak tentu arah.

“Aku di padang dengan pemain duk tanya masing-masing ‘diorang ni dah habis ke? diorang dah habis?’

“Akhirnya keputusan memihak kepada kami dan kami berhak untuk menyambut kejayaan ini,” kata Benitez.

Walaupun berjaya membawa Newcastle layak ke Liga Perdana, Benitez tidak memberikan jawapan yang kukuh sama ada dia akan kekal bersama kelan Tyne-side tersebut untuk musim depan.

Tambahan pula, kekosongan jawatan ketua jurulatih Malaysia menguatkan lagi khabar angin bahawa Benitez tidak akan kekal di St. James Park.

Sumber berita : Chronicle Live

Baca Juga

Baca Juga