Menurut satu pandangan dari media barat (Football356) melalui teori David Moore terdapat konspirasi antara Real Madrid dan Paris Saint Germain dalam mengatur perindahan pemain. Apakah teori konspirasi itu?
Teori Sebenar
Akan timbul satu persoalan siapakah yang akan menggantikan tempat Christiano Ronaldo di Real Madrid selepas pemain ini dijual ke kelab gergasi Itali, Juventus.
“Saya sangat yakin ia adalah Neymar. Mungkin saya menjadi salah seorang teori konspirasi yang gila ini, tetapi saya cuma terfikir sedikit tentang hal ini.”
Barcelona tidak akan menjual Neymar ke Real Madrid. Paris Saint Germain(PSG) membeli pemain ini dengan harga yang sangat tinggi iaitu £200 juta. Dengan pembelian ini timbul beberapa isu berkaitan peraturan Financial Fair Play (FFP) melibatkan kelab PSG dengan Konfedearsi Bola Sepak Dunia (FIFA).
Dalam tempoh yang sama, PSG juga menandatangani Kylian Mbappe melalui status pinjaman selama 12 bulan dan akan membelinya secara kekal pada musim yang berikut. Sebanyak £166 juta perlu dibayar bagi perpindahan kekal. Ini adalah satu cara perpindahan yang aneh.
Selepas 2 kali melakukan pembelian mega dengan kedua-duanya merupakan nilai rekod perpindahan termahal di dunia, kelihatan seperti mereka mungkin akan menjual Neymar.
Sangat jelas Real Madrid merancang untuk menandatangani Neymar sejak dari dulu lagi dan Neymar juga kelihatan seperti mahu berpindah.
Real Madrid bersetuju untuk membeli Neymar dari PSG pada musim ini ketika CR7 dijual. Pilihan ke-2 adalah dengan membeli Mbappe untuk menggantikan Ronaldo tanpa perlu dicabar kerana sudah tentu PSG memihak kepada Real madrid jika ada bidaan dari pasukan lain.
Sudah tentu juga PSG tidak mampu melengkapkan perpindahan kekal Mbappe dan mengekalkan Neymar kerana kekangan peraturan FFP kecuali mereka memberi isyarat kening kepada FIFA.
Real Madrid boleh meminjam salah satu pemain daripada PSG selama setahun sebelum membeli dengan harga £166 juta. Jelas sekali, mereka perlu yakin bahawa mereka mempunyai selori wang dari ‘satu tempat’ untuk proses ini-penjualan Ronaldo.
“Saya tidak tahu sama ada perkara ini boleh melanggar mana-mana peraturan, tetapi ia agak jelas, bahkan lebih-lebih lagi apabila anda menganggap orang-orang di belakang tabir (ejen) adalah mereka yang mengatur mereka dan meraih wang tunai itu.- David Moore”
€112 juta terlalu mahal untuk pemain berusia 33 tahun
Juventus mengejukan dunia apabila mereka membuat keputusan untuk membeli pemenang 5 kali Ballon d’Or, Christiano Ronaldo.
“Sekiranya anda mempunyai peluang untuk menandatangani salah satu pemain terbaik bola sepak yang pernah dilihat, anda melepaskan semua tempahan yang lain dan melakukannya, bukan?”
“Tetapi jika pemain berusia 33 tahun itu, berharga € 105 juta boleh menghapuskan struktur gaji anda dan berpotensi melihat anda kehilangan pemain utama, masihkah anda melakukannya?”- Football Italia
Sesetengah peminat Juventus bimbang beban kewangan yang besar bakal terjadi dalam perjanjian itu, mungkin mengulangi cerita mereka terpaksa menjual pemain utama seperti Paulo Dybala dan Miralem Pjanic.
Juventus tidak mempuyai masalah untuk mencabar Scudetto tanpa Ronaldo. Kedatangan pemain ini lebih kepada meningkatkan kemampuan kelab dalam cabaran di Liga Juara Eropah. Jika ia tidak berlaku maka wang besar itu akan menjadi sia-sia.
Serie A dikenali sebagai liga di mana pemain tua yang berkualiti masih lagi boleh berkembang. Lagenda Francesco Totti dan Javier Zanetti tidak bersara sehingga mereka mencapai umur 40, dan Fabio Quagliarella yang berusia 35 tahun berada di tangga keempat dalam perebutan Scudetto musim lalu.