Pemain bolasepak Barcelona dan Brazil, Neymar akhirnya bergelar sebagai pelakon yang sebenar dan bukan pelakon di padang lagi.
Neymar membuat kemunculan sebagai pelakon di dalam filem ‘xXx: Return Of Xander Cage’ yang di terajui oleh Vin Diesel, Donnie Yen (Ip Man), Tony Jaa (Ong Bak) dan ramai lagi. Filem xXx ni bukanlah sebuah filem lucah walaupun ada 3 ‘X’ yang sama.
Watak yang dipegang oleh Neymar belum dapay dipastikan dan menurut sumber Wikipedia, Neymar belakon sebagai dirinya sendiri atau mungkin sekadar tampil sebagai ‘cameo’ dalam filem tersebut.
Melalui trailer filem ‘xXx: Return Of Xander Cage’ (tonton di bawah) kelihatan aksi menendang disitu dan tiada aksi ‘dive’ pula kelihatan.