Neymar Dedah Rancangan Persaraan dan Mahu Jadi Pemain Poker Profesional

Pemain kelahiran Brazil, Neymar telah mendedahkan rancangan persaraannya daripada dunia bola sepak dan menyasarkan kerjaya lain selepas itu dengan menjadi pemain poker profesional.

Ini hanyalah rancangan persaraan beliau di masa hadapan dan Neymar sudah pasti tidak akan bersara dalam waktu terdekat ini ketika dipuncak prestasi.

Neymar cemerlang membantu Paris Saint-Germain mara ke separuh akhir Champions League buat dua musim berturut- turut selepas menyingkirkan juara bertahan dari Jerman, Bayern Munich.

Walaupun masih panjang perjalanan kariernya Neymar sudah memikirkan apa yang mahu dilakukan selepas bersara.

Pemain berusia 29 tahun ketika ini menjadi duta kepada syarikat judi dan mendedahkan untuk menjadi pemain poker sepenuh masa selepas ini.

Neymar telah mendedahkan bahawa beliau sangat sukakan permainan poker dan telah menamakan anjing belaannya sebagai ‘Poker’.

“Memang benar aku merancang untuk menjadi pemain profesional. Aku rasa sangat selesa bermain poker dan aku fikir aku boleh main di kejohanan utama selepas karier bola sepak aku tamat.”

“Aku mula bermain Poker ketika Piala Dunia 2014 dan aku telah jatuh cinta dengan permainan ini. Aku bermain poker dengan cara yang agresif.”

“Kad kegemaran aku ‘pair of tens’ sama macam nombor kat jersi aku dan ‘jack-five’.”

Neymar telah menjelaskan bahawa terdapat persamaan antara poker dan bola sepak lantaran itu beliau jatuh cinta dengan permainan ini.

“Terdapat persamaan antara bola sepak dan poker, di mana kau perlu membaca permainan kau dan juga permainan lawan dan memilih masa yang tepat untuk menyerang.”

“Aku kerap bermain poker ketika di Barcelona dan sekarang di PSG sering juga bermain.”

Neymar menceritakan bahawa beliau merupakan pemain poker yang sukar dibaca lawan dan menerapkan mentaliti kemenangan walaupun bermain bersama rakan-rakan.

“Aku membuatkan diri aku sukar dibaca lawan. Buat pertama kali aku mendapat anjing untuk dibela aku telah menamakannya Poker kerana aku sangat sukakan permainan ini.”

“Setiap kali aku duduk untuk bermain aku menyasarkan kemenangan tak kira bermain bersama kawan, online atau dalam kejohanan.”

Agak mengejutkan kerjaya pilihan Neymar selepas bersara, mungkin ramai menjangkankan Neymar akan menjadi seorang pelakon yang hebat kerana bakat lakonan yang dikenali ramai.

Sebelum ini, Neymar yang terkenal dengan aksi lakonan terutamanya bab gulingan yang popular serta linangan air mata telah membuat kemunculan dalam filem .3X: Return Of Xander Cage’ pada tahun 2016.

Filem ini diterajui oleh pelakon aksi terkena dari seluruh dunia Vin Diesel, Donnie Yen (Ip Man), Tony Jaa (Ong Bak) dan ramai lagi.

Neymar belakon sebagai dirinya sendiri dan sekadar tampil sebagai ‘cameo’ dalam filem tersebut dengan aksi menedang menda ntah ke muka perompak di dalam restoran.

Jika karier ini benar-benar menjadi kerjaya selepas bersara Neymar maka beliau akan mengikut jejak pemain Real Madrid, Thomas Gravesan yang memilih jalan berbeza.

Bekas pemain tengah Hamburg, Everton, Real Madrid dan Celtic yang tidak berperasaan yang suka melakukan kekerasan ke atas pemain lawan telah bersara pada Januari tahun 2009.

Setahun selepas bersara, Thomas Gravesen telah dilaporkan meneruskan karier selepas bola sepak di meja Poker dan telah menjadi multi-millionaire.

Sepanjang kariernya bergelar pemain poker sejak 2010, Thomas Gravesan telah mengumpul sebanyak $100 juta daripada kemenangan permainan poker ini sahaja.

Selepas lapan tahun berhijrah ke Amerika Syarikat untuk melebarkan karier sebagai pemain poker, Thomas Gravesan kini kembali ke Denmark.

Ada cerita yang agak lejen bertebaran apabila Thomas Gravesan telah rugi $54 juta hanya dalam satu permainan namun melakukan comeback dan mendapat wang melebihi kerugian.

Rupanya ada juga kisah comeback dalam permainan poker, ingat kalah terus pokai.

**Ingat Teman-Teman, Judi adalah HARAM disisi Agama.

BACA:  Neymar Menganjing Cara Argentina Meraikan Kejayaan Menewaskan Itali