Neymar Gembira Dapat Ayah Tiri Muda Enam Tahun Darinya

Sebelum ini tular kisah bintang Shanghai SIPG, Hulk yang sailang anak buah janda dia sendiri.

Hulk menceraikan isterinya Iran musim panas lalu selepas mendirikan rumah tangga bahagia selama 12 tahun.

Selepas menceraikan Iran, Hulk terus menjalinkan hubungan cinta dengan anak saudara kepada jandanya sendiri.

Hulk dan anak saudara jandanya, Camila dilaporkan kini sudah berkahwin dan sedang berbahagia bersama.

Selepas isu Hulk menjadi bual bicara netizen seluruh dunia, kini giliran keluarga kepada rakan sepasukannya di Brazil, Neymar pula menjadi sensasi.

Terbaru, tular kisah percintaan luar biasa ibu Neymar, Nadine Goncalves sedang berbahagia dengan kekasihnya yang enam tahun lebih muda dari anaknya sendiri, Neymar.

Nadine Goncalves telah bercerai dengan Neymar senior pada tahun 2016 lalu, kini telah mendedahkan bahawa beliau sedang dalam perhubungan dengan Tiago Ramos melalui Instagramnya.

Menurut sumber dari Brazilian UOL esporte, Tiago Ramos berusia 22 tahun dan beliau adalah seorang gamers yang bermain game Free Fire.

Beliau merupakan ahli dalam 4K Easy, pasukan yang telah menyertai NFA League, sebuah pertandingan amatur yang menjadi platform untuk menjadi gamers profesional.

Selain dari seorang gamers sepenuh masa, Tiago Ramos juga merupakan seorang model sambilan.

Ibu Neymar memuat naik gambar beliau bermesra bersama Tiago Ramos dalam Instagramnya dengan ayat:

“Sukar untuk dijelaskan dan tidak boleh diterangkan jika kamu hidup…❤️”

View this post on Instagram

A post shared by Nadine Gonçalves (@nadine.goncalves)

Gambar itu telah mendapat respond dari Neymer sendiri yang turut meninggalkan Komen:

” Terus gembira mak ❤️ sayang mak”

Ramos juga telah memuat naik gambar sama dilaman Instagramnya dengan meletakkan caption “sukar untuk dijelaskan ❤️”

View this post on Instagram

A post shared by Tiago Ramos (@tiagoramoss)

Ayah Neymar memberikan emoji tepuk tangan dan mendoakan yang terbaik untuk jandanya itu.

UOL esporte dilaporkan sudah berhubung dengan Neymar sendiri untuk mengetahui kebenaran hubungan ibunya dan Neymar sudah mengesahkan berita itu benar.

Ramos juga dilaporkan salah seorang peminat setia Neymar. Akan tetapi beliau adalah peminat setia pasukan Real Madrid.

Beliau memuat naik satu gambar dari direct messagenya yang ditulis pada tahun 2017.

“Neymar anda sememangnya hebat, saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan saya sebagai peminat setia kamu, saya selalu menonton anda beraksi, dan saya rasa sungguh bermotivasi melihat anda diatas padang. Satu hari saya berharap saya akan dapat membaca mesej ini bersama anda, menjadi sahabat anda dan bermain bersama anda.”

“Saya yakin satu hari saya akan bertemu kamu, hal ini kerana saya adalah lelaki yang tidak pernah takut untuk bermimpi dan saya sanggup lakukan apa saja untuk mencapai impian saya. Percaya dengan takdir tuhan, kita akan sentiasa berjaya dan sentiasa gembira.”

https://www.instagram.com/p/B7E6L0xoya_/?igshid=uct7mcpwhmus

Semoga saja niat dia ngorat ibu Neymar bukan semata-mata untuk bertemu Neymar seperti yang beliau maksudkan untuk melakukan apa saja untuk bertemu pemain Brazil itu.

Akhirnya impian Ramos menjadi kenyataan apabila beliau telah memuat naik gambarnya bersama Neymar pada Januari lalu.

Mereka berdua sudah mula akrab dan bersahabat baik selepas Ramos dilihat menghadiri acara ulang tahun ke-28 Neymar pada February lalu.

BACA:  Neymar Dilayang Kad Merah dan Sambung Bertumbuk Dalam Terowong