Neymar Hampir Bergaduh Dengan Peminat Barcelona Kerana Berita Perpindahan Ke PSG

Gambar Neymar yang dalam keadaan marah dan hampir bergaduh dengan peminat Barcelona telah dirakamkan ketika Neymar dalam proses penceraian dengan Barcelona dan mengikat tali perhubungan baru bersama PSG.

Pergaduhan hampir tercetus di kawasan letak kereta sebuah kelab malam ekslusif tetapi Neymar telah dihalang oleh pengawal keselamatan.

Kejadian ini berlaku minggu lalu tetapi gambar ini mula tersebar pada minggu ini.

Pengawal keselamatan dalam gambar tersebut kelihat tersenyum semasa menghalang Neymar. Ini mungkin kerana pengawal keselamatan sedang membayangkan Neymar bakal melakukan terjunan seperti dalam padang.

Neymar yang bertopi merah dan hanya bersinglet berada dalam keadaan marah kerana ejekan daripada peminat Barcelona itu.

Laporan dari akhbar tempatan melaporkan bahawa pertelingkahan itu hanya sekadar pergaduhan mulut sahaja.

Poster Neymar yang tertera perkataan yang sangat mengujakan juga telah ditampal di tiang tepi jalan.

“Dikehendaki : Pengkhianat dan Mata Duitan!”

Baca Juga

Baca Juga