Neymar Jr ditanya dengan soalan pelik di sebuah podcast. Di mana hos rancangan mahu dia menyebut siapakah pemain paling hodoh yang dia pernah bermain bersama.
Neymar menegaskan bahawa ada persaingan yang sengit di kalangan beberapa pemain. Kerana dalam kariernya dia ada banyak rakan sepasukan yang tak kacak atau hodoh.
Lalu Neymar memilih Vinicius Jr sebagai yang paling hodoh. Neymar membuat kenyataan terbuka itu dalam satu wawancara di Brazil.
Tidak pasti apa motif hos tersebut bertanyakan soalan itu kepada Neymar. Mungkin kerana Neymar seorang pemain yang kacak dan mementingkan gaya?
Neymar adalah pemain yang sangat berpengaruh di dunia. Bukan sahaja di atas padang, namun di luar padang dia antara pemain dengan nilai komersial sangat tinggi.
Dia memiliki banyak penaja ekslusif kerana naluri fesyennya yang dianggap sangat baik.
Oleh sebab itu dia merasakan dirinya sangat kacak dan Vinicius menurutnya paling hodoh.
Neymar pula langsung tak ambil hati terus berkata: “Saya bermain dengan ramai pemain yang tak berapa kacak dan hodoh. Namun saya akan pilih, Vinicius Jr sebagai pemain paling hodoh saya pernah bermain bersama.”
Seterusnya Neymar menegaskan bahawa, walaupun Vini hodoh namun dia seorang yang kelakar.
Neymar menambah: “Maaf Vinicius, saya sayangkan kamu, namun kamu ni memang kelakar. Kamu hodoh tetapi kamu seorang yang kelakar.”
Komen Neymar itu kurang disenangi segelintir peminat yang menyatakan bahawa setiap manusia itu ‘cantik’ dengan cara mereka tersendiri.
Pure disrespect
It’s not cruise , could easily have ignored or said everyone is beautiful in their own way— JUJU ĊRYÞTØ (@AnthonyAwalters) June 25, 2024
Neymar dan Vini Jr bermain bersama sama dalam skuad Brazil. Namun kali ini Neymar tidak dapat bermain dalam Copa America. Dia hanya mampu memberikan sokongan moral kepada rakan rakannya di tepi padang.
Vinicius Jr dianggap bintang utama untuk Brazil. Dengan pemain itu dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia pada masa kini.
Namun peminat Brazil masih menangih magisnya untuk Selecao. Hal ini kerana dia masih belum menunjukkan taringnya yang sebenar bersama Brazil secara konsisten sebagaimana dia di Real Madrid.