Neymar Jr. Akhirnya Sah Menjadi Milik PSG

Paris Saint-Germain dengan gembira serta bergaya mengumumkan bahawa Neymar Jr. sah menjadi pemain mereka dengan hanya sekali tandatangan. Pemain kelahiran Brazil itu diikat dengan kontrak selama 5 tahun yang menyaksikan Neymar bakal berada di Paris sehingga 30 Jun 2022.

Pada awalnya perpindahan Neymar Jr. ke Paris Saint Germain (PSG) dianggap satu khabar angin yang tidak masuk akal lantaran harganya yang melampau seperti mana harga hantaran segelintir manusia, tetapi kini cerita Neymar ke PSG menjadi kenyataan.

Yuran perpindahan Nemar menjadi rekod dunia yang bernilai £199 juta (RM1.12 bilion) sekaligus memecahkan rekod Pogba sebanyak £89 juta ketika berpindah ke Manchester United.

Neymar telah meluahkan perasaannya mengenai perpindahan ini :

“Aku rasa tersangat lah gembira dan riang dapat menyertai Paris Saint-Germain.”

Gaji Neymar

Kontrak 5 tahun Neymar bersama PSG dilaporkan bernilai £27 juta setahun jika dipecahkan mengikut bulan, minggu, hari, jam, dan minit serta saat :

Setahun – £27 juta bersamaan RM151.88 juta
Sebulan – £2.25 juta bersamaan RM12.6 juta
Seminggu – £525,000 bersamaan RM3 juta
Sehari – £75,000 bersamaan RM 422,000
Sejam – £3,125 bersamaan RM17,578
Seminit – £52 bersamaan RM292.51
Sesaat – £0.9 bersamaan RM5.06

AMARAN : Kiraan ini dibuat dalam keadaan mengantuk.

Baca Juga

Baca Juga