Neymar Lakukan Aksi Terjunan Terlampau, Akibat Tendangan Tanpa Bayang Pemain Lawan

Neymar adalah antara pemain yang cukup dikenali sebagai seorang yang suka melakukan aksi-aksi yang penuh berskil, tetapi pada masa yang sama dia juga sering melakukan aksi terjunan yang mengundang kepada sepakan percuma atau penalti, atau kad kuning kepada dirinya.

Namun dalam banyak-banyak aksi terjunan Neyma di atas padang, terjunannya ketika menentang kelab Jepun, Gamba Osaka, boleh diletakkan dalam senarai terjunan terburuk.

Dalam perlawanan persahabatan antara juara Ligue 1, Paris Saint Germain dan kelab liga Jepun tersebut, pasukan ibu negara Perancis tersebut telah mendahului lawan empat gol berbalas satu menjelang separuh masa, dan muncul pemenang dengan jumlah jaringan 6-2 pada masa penuh.

Pablo Sarabia, Neymar, Nuno Mendes dan Lionel Messi masing-masing berjaya meletakkan diri dalam senarai penjaring pasukan dalam 45 minit yang cukup mengujakan.

Pun begitu, gol pertama Neymar hadir menerusi sepakan penalti dan cara dia memenangi sepakan tersebut sangatlah kontroversi.

Saat Neymar membawa bola di dalam kotak penalti dan menghampiri garisan gol, dia telah melakukan pusingan semula sambil dicabar pertahanan Gamba Osaka, Genta Miura.

Meskipun Miura melakukan terjahan, dia berjaya menarik kakinya daripada memakan kaki penyerang Brazil tersebut dan jika ada sentuhan sekalipun, ia amatlah minima dan tidak berupaya menjatuhkan walau sekecil manapun seseorang pemain itu, apatah lagi pemain bersaiz seperti Neymar.

Akan tetapi, mungkin ada aura keramat yang dilepaskan oleh Miura, Neymar bergolek jatuh dan hampir melakukan sommersault sambil menjerit,”Adoooooooooiiiii!” dalam bahasa Brazil.

Pengadil yang bagaikan terpukau dengan aksi mustahil Neymar tersebut, terus memberikan PSG sepakan penalti meskipun dibantah oleh Miura dan rakan sepasukannya.

Neymar yang mengambil sepakan tersebut, tidak mempunyai masalah untuk menggandakan jaringan pasukannya selepas Sarabia menjaringkan gol pertama pada minit ke-27.

Gol Sarabia terhasil selepas rembatan tepat Messi berjaya ditampan penjaga gol Gamba Osaka, akan tetapi bola muntah ke hadapan pemain Sepanyol ini yang kemudiannya melakukan rembatan sekuat hati ke arah gol yang tidak dijaga.

Pada minit ke-33 Gamba Osaka merapatkan kedudukan menerusi Keisuke Kurokawa. Kosuke Onose berjaya menewaskan pertahanan PSG dan masuk ke dalam kotak penalti, sebelum melepaskan rembatan ke arah gol namun terkena badan Gigi Donnarumma. Bola kemudiannya melantun ke badan Musashi Suzuki dan bola melantun ke dalam gol PSG.

Mujur Donnarumma ni bukan calang-calang punya penjaga gol di mana dia berjaya menepis bola hampir di atas garisan gol. Walaubagaimanapun, bola muntah ke depan Kurokawa yang merembat padu ke dalam gol PSG.

Selepas bolos, nafsu PSG semakin berganda-ganda dan gol ketiga terhasil menerusi Nuno Mendes yang melakukan rembatan padu dari sebelah kiri padang.

Pada minit ke-39, Neymar menunjukkan aksi yang masteclass dan luar biasa dahsyat sebelum melakukan lorongan kepada Lionel Nussi di dalam kotak penalti. Messi kemudiannya menolak bola ke dalam gawang dengan satu sentuhan meskipun dicabar tiga pemain pertahanan Gamba Osaka.

Pada minit ke-60, Neymar menjaringkan gol kedua peribadinya apabila dia melakukan larian pantas dan menggelecek penjaga gol Gamba Osaka – gerakan yang persis Ronaldo Fenomeno suatu ketika dahulu.

Melengkapkan gol keenam PSG adalah sporting director merangkap pemain, Kylian Mbappe yang membawa dirinya masuk menggantikan Pablo Sarabia pada minit ke-61, menerusi sepakan penalti.

PSG bakal memulakan musim baru mereka menentang Nantes pada 1 Ogos nanti, dalam perlawanan Trophee des Champions. Pada 7 Ogos pula, mereka bakal memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Ligue 1 menentang Clermont Foot.

Berita : SB

BACA:  Pemain Pertahanan Liverpool Dakwa Zaha Lebih Sukar Dihadapi Berbanding Neymar & Ronaldo