Kerana Duit Neymar Mahu UEFA Singkir Barcelona dari Champion League

Pemain termahal dunia yang bernilai £197 juta kini beraksi bersama Paris Saint-Germain, Neymar mahu UEFA menyingkirkan bekas kelab lamanya, Barcelona dari saingan Champions League kerana tidak membayar bonus.

Pemain penyerang kelahiran Brazil itu percaya bapanya, Neymar Sr. sepatutnya menerima bayaran bonus kesetiaan kerana Neymar telah menangguhkan perpindahannya selepas tarikh 31 Julai 2017, di mana perpindahan Neymar ke PSG berlaku pada 3 Ogos 2017.

Bayar la gila! Bayar laaa..

Dalam kontrak Neymar bersama Bacelona terdapat klausa yang menyatakan bapanya akan menerima bayaran bonus kesetiaan jika Neymar kekal bersama Barcelona hingga 31 Julai 2017. Oleh sebab itu lah perpindahan Neymar ke Paris terjadi pada bulan Ogos.

Barcelona telah menolak untuk membayar bonus sebanyak RM128 juta (£23 juta) kepada Neymar Sr. kerana mendakwa Neymar telah melanggar terma yang terdapat dalam kontrak lanjutannya bersama Barcelona sebelum ke PSG.

1. Neymar tidak boleh berunding dengan kelab lain dalam tempoh 3 bulan terakhir sebelum 31 Julai.
2. Menyatakan komitmen kepada kontrak baru secara terbuka kepada umum.
3. Bonus akan dibayar semasa Neymar masih lagi menjadi pemain Barcelona dan bayaran akan dibuat pada 1 September.

Pernah ada rasa cinta, namun kini tinggal kenangan.

Kengganan keab Catalan itu untuk membayar nyata membuatkan Neymar koyak lalu mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan keras ke atas Barcelona termasuklah memohon UEFA menyingkirkan Barcelona dari saingan Champions League.

Barca menganggap Neymar sembang kencang?

Badan bola sepak Eropah itu dengan penuh bergaya lalu bertatasusila telah menolak tuntutan Neymar itu ke atas pasukan Elit yang muncul juara pertandingan Eropah sebanyak lima kali itu.

Tindakan Neymar yang menuntut bayaran bonus kesetiaan itu dianggap satu manipulasi kontrak, mungkin tidak cukup dengan simulasi dan terjunan di padang.

Sumber :Mirror

Baca Juga

Baca Juga