Neymar Menangis Rindukan Messi Dan Barcelona

Neymar sedih hingga menitiskan air mata sewaktu mengenang kembali zaman kegemilangan beliau bersama Lionel Messi di Barcelona.

Pemain penyerang Brazil berusia 28 tahun itu tiba ke Nou Camp dari Santos pada tahun 2013.

Beliau telah membuat 123 penampilan dan menjaringkan 68 gol untuk Barcelona sepanjang empat tahun kariernya disana.

Neymar baru-baru ini mengenang kembali detik pengalaman beliau dapat beraksi bersama ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi.

Menurut Neymar, pemenang enam kali Ballon d’or itu banyak memberi sokongan kepadanya serta banyak membantu beliau dalam kariernya.

“Secara jujurnya ia sangat susah, sangat sangat susah untuk saya bercakap tentang Messi, kerana dia terlalu istimewa untuk saya ketika bersama Barcelona, saya akan cakap benda sama kepada semua orang.”

Jelas Neymar kepada Rede Globo’s Esporte Espetacular.

“Pada ketika saya sangat memerlukan sokongan, pemain terbaik di dunia itu akan datang dan menghulurkan tangannya kepada saya dan akan berkata ‘mari sini, saya disini untuk membantumu’.

Menurut bintang Paris Saint Germain itu, pemenang enam kali Ballon d’or itu selalu berpesan kepadanya supaya jangan malu dan jangan takut kepada sesiapa dalam kelab.

Neymar meninggalkan Barcelona untuk menyertai pasukan gergasi Perancis itu pada tahun 2017 dengan memecahkan rekod perpindahan pemain bernilai €222 juta.

Pada tahun 2018, Messi mendedahkan bahawa beliau sangat gembira sekiranya diberi peluang untuk kembali beraksi bersama bintang Brazil itu.

“Saya fikir ianya sangat sulit untuk Neymar tinggalkan PSG.”

Jelas Messi kepada Marca suatu ketika dahulu.

“Kami sangat gembira sekiranya dia kembali disini, sebagai pemain dan sahabat di bilik persalinan.”

“Kami bersahabat. Kami berkongsi banyak pengalaman bersama dan tidak seperti pemain lain. Tetapi PSG tak mungkin akan melepaskan Neymar begitu saja.”

Messi sememangnya mahu Neymar untuk kembali beraksi memperkuat gandingan serangannya untuk Barcelona.

Gandingan Suarez, Messi dan Neymar pernah menjadi antara trio terhebat dunia satu ketika dahulu sebelum bintang Brazil itu menyertai PSG.

Barcelona menandatangani pemain seperti Coutinho, Griezman dan beberapa bintang lain untuk menggantikan tempat Neymar.

Namun impak mereka tidak sama seperti gandingan trio Neymar bersama Messi dan Suarez.

Terdapat ura-ura Barcelona mahu mendapatkannya kembali namun seperti dijelaskan oleh Messi, PSG tidak mungkin akan melepaskan Neymar begitu saja.

BACA:  Ibu Neymar Bergaduh Dengan Kekasihnya Hingga Dikejarkan Ke Hospital