Neymar Menyelar Pegawai VAR Kerana Menghadiahkan Sepakan Penalti

Pemain bola sepak handalan dunia dan juga diva bertahap primadona bola sepak, Neymar nyata tidak berpuas hati dengan keputusan Video Assistant Referee(VAR) yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Manchester United.

Perlawanan penuh dramatik itu menyaksikan Setan Merah mencipta sejarah dalam Champions League menjadi pasukan pertama yang mara ke pusingan seterusnya selepas tewas ditempat sendiri pada perlawanan pertama dengan 2 jaringan atau lebih.

Selepas 106 percubaan dari pelbagai pasukan Manchester United berjaya bangkit dengan penuh dramatik tanpa pemain tonggak dan dibelenggu kecederaan.

Sebagai anak muda zaman Millenium, Neymar menggunakan media sosial yang bernama Instagram untuk menyelar pegawai VAR yang memberi penalti kemenangan kepada lawan di penghujung perlawanan.

Selepas merujuk kepada VAR bola jelas kelihatan bola rembatan Diogo Dalot terkena tangan Presnel Kimpembe.

Neymar yang tidak dapat beraksi dalam kedua-dua perlawanan timbal balik ini kerana kecederaan gagal mengawal emosi dan membawa ke media sosial mempertikaikan keputusan pengadil.

Bagi Neymar pegawai yang meneliti ulang tayang itu tidak tahu bola sepak dan mempersoalkan lagu mana Kimpembe nak meletakkan tangannya dibelakang?

“Ini sangat memalukan. Mereka meletakkan 4 orang yang tidak faham bola sepak untuk menyaksikan ulang siar gerak perlahan.”

“Sangat menakjubkan. Bagaimana lelaki ini mahu meletakkan tangannya dibelakang? Oh F*** off.”

Video Assistant Referee(VAR) mula digunakan di Champions League di pusingan 16 terbaik pada musim ini.

Agak kelakar sebenarnya kaki terjun dan primadona seperti Neymar mengutuk VAR. Tak sedar diri.

Mungkin Neymar juga sudah lupa kebangkitan luar biasa 6-1 ke atas PSG dua tahun lalu ketika beliau masih bersama Barcelona.

Baca Juga

Baca Juga