Neymar Mohon Maaf Kepada Cavani, Rakan Sepasukan

Pemain termahal dunia, Neymar, dikhabarkan telah memohon maaf kepada Edinson Cavani dan juga rakan sepasukan yang lain selepas membikin sedikit kekecohan ketika perlawanan menentang Lyon minggu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Neymar dan Cavani berebut untuk mengambil tendangan penalti, namun sebagai seorang senior dan mempunyai rambut yang lebih menarik, Cavani berjaya menafikn hajat Neymar.

Malang buat Cavani tendangan penalti lemahnya yang persis Ghaddar ketika menentang Kelantan gagal menerjah jaring lawan, menyebabkan Neymar menggelengkan kepalanya.

Entah apa lah yang bermain di fikiran abang baju putih tersebut | Gambar : The Sun

Perbalahan ini dilaporkan berlarutan ke bilik persalinan di mana kedua-dua pemain Amerika Selatan ini meyambung pertikaman lidah dan berlaku sedikit pergelutan sehingga memaksa campur tangan rakan sepasukan.

Akibat kemarahan yang melampau dan sakit hati yang amat juga Neymar bertindak di luar dugaan apabila dia unfollow Cavani di Instagram.

Lebih memanjangkan lagi cerita ini, Neymar pula dituduh oleh media Perancis telah memaksa pihak pengurusan PSG menjual pemain Uruguay tersebut.

Walaubagaimanapun, akhbar Perancis, L’Equipe, hari ini melaporkan bahawa Neymar sudah pun memohon maaf di atas kekecohan tersebut dan kesemua pihak harus berterima kasih kepada pertahanan kanan terbaik dunia – Dani Alves.

Alves telah menjemput kedua-dua penyerang tersebut keluar makan malam bersama dan dari situ hubungan Neymar dan Cavani serta merta pulih. Tiada pergeseran antara mereka, malah dilihat saling membantu ketika sesi memanaskan badan di padang latihan.

Pada hari Khamis yang lalu, jurulatih PSG, Unai Emery mengatakan bahawa kedua-dua Neymar dan Cavani layak untuk mengambil penalti, namun enggan mendedahkan siapa pilihan pertama.

PSG dijangka akan meneruskan penguasaan liga menentang Montpelllier pada hari Sabtu ini namun mereka menerima berita yang agak mengejutkan apabila Neymar dikatakan bakal direhatkan daripada pasukan. Ini kerana Neymar mengalami kecederaan di buku lali dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan tersebut.

Susah juga kan bila ramai sangat pemain bintang dalam satu pasukan.

Sumber berita : The Sun

Baca Juga

Baca Juga