Neymar Pertahan Tindakan Beliau Yang Suka Jatuh Setiap Kali Menerima Terjahan

Neymar mempertahankan tindakan beliau yang senang ‘jatuh’ di atas padang setiap kali menerima terjahan dan mendakwa corak permainannya yang suka menggelecek menyebabkan dirinya menjadi sasaran terjahan pemain lawan.

Penyerang Paris Saint-Germain itu menerima kritikan dari pelbagai pihak kerana menghabiskan masa yang banyak jatuh di atas padang ketika mewakili Brazil dalam Piala Dunia 2018.

Neymar didakwa cuba meraih simpati pengadil dengan bermain wayang setiap kali terjatuh di atas padang.

Arghh sakit

Neymar tiba di Russia bukan dalam keadaan 100 peratus cergas. Beliau mengalami kecederaan serius pada bulan Februari yang memaksa beliau melupakan baki musim lepas.

Ketiadaan Neymar juga menjadi punca utama mengapa PSG tewas di tangan Real Madrid dalam pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah. Walaupun bergelut dengan masalah kecergasan, Neymar disenaraikan untuk mewakili skuad Piala Dunia Brazil di Russia.

Perjalanan Brazil tersekat di peringkat suku akhir sahaja selepas mereka tumpas di tangan Belgium, dan Neymar dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya sepanjang kempen Piala Dunia.

Meme mula berterbangan mengutuk tindakannya yang suka jatuh setiap kali menerima terjahan. Media sosial menjadi tempat peminat bola sepak mengutuk Neymar sehingga terciptanya satu cabaran yang digelar ‘Neymar Challenge’. Bukan ‘Keke Challenge’ ye.

Trio Brazil yang flop. Hello polis ada orang berguling!

Neymar sedar mengenai perkara tersebut dan sudah mula belajar untuk menangani heater-heater beliau yang sering membanjiri  ruangan komen di Instagram beliau.

Ketika bercakap dalam satu majlis amal yang dianjurkan Neymar Institute, Neymar mengakui beliau tahu mengenai lawak tersebut tetapi ramai mungkin tidak menyedari apa yang telah diharunginya selama ini.

“Saya ada melihat lawak tersebut tetapi saya menganggapnya sebagai gurauan semata-mata. Saya juga telah memuat naik satu video di Instagram mengenai ‘Neymar Challenge’ yang dilakukan budak-budak semalam.”

“Corak permainan bola sepak saya adalah untuk menggelecek, dan melepasi pemain lawan. Saya tidak boleh berdiri di hadapan pemain lawan dan berkata, ‘My dear, excuse me, saya mahu menjaringkan gol’.”

“Saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya perlu menggelecek untuk melepasi pemain lawan. Saya perlu melakukan sesuatu dan pemain lawan sudah tentu tidak akan membenarkan saya menggeleceknya, jadi pihak lawan mungkin akan melakukan kesalahan terhadap saya.”

“Banyak kali berlaku, saya lebih laju dan ringan dari pemain lawan dan mereka menjatuhkan saya. Pengadil akan ada untuk menilai situasi tersebut.”

“Anda ingat saya tidak sakit menerima terjahan dari pemain lawan setiap masa ? Ia memang sakit. Selepas perlawanan tamat, saya perlu meletakkan ais selama 4 hingga 5 jam di kaki saya.”

“Ia satu keadaan yang sukar tetapi jika anda tidak pernah merasai pengalaman ini, anda tidak akan faham dengan situasi yang saya hadapi.”

Itulah penerangan dan penjelasan serba sedikit dari Neymar yang mempertahankan tindakannya. Kau tak rasa apa Neymar rasa tapi takde la pula Neymar suruh ambil kasut dia suruh korang pergi main sendiri.

Macam segelintir pemain bola sepak negara kau.

BACA:  Air Mata Neymar Gugur Selepas Menyedari Dia Hampir Memecahkan Rekod Pele