Neymar Tak Akan Tinggalkan PSG Sampailah Menang UCL

Tersebar khabar berita bahawa penyerang Brazil, Neymar Jr, bakal dihumban keluar oleh kelab Arab, Paris Saint Germain. Walaubagaimanapun, Neymar dikatakan enggan berpindah ke kelab lain sehinggalah dia berjaya membantu kelab tersebut memenangi Liga Juara-Juara UEFA.

Perkara ini disahkan oleh bekas ejen pemain tu, Wagner Robeiro yang mengatakan bahawa Neymar mempunyai keazaman yang tinggi untuk membawa trofi kebanggaan Eropah itu ke Paris dan tidak akan meninggalkan kelab tersebut sehinggalah impiannya menjadi kenyataan.

Paris Saint Germain telah membeli Neymar pada tahun 2017 pada harga rekod dunia – £196 – dari Barcelona dan kini kelab tersebut dikhabarkan sudah bersedia untuk menerima tawaran yang baik, atau sekurang-kurangnya £70 juta sekiranya ada kelab berminat untuk membeli pemain ini..

Pun begitu, kelab yang berpangkalan di Parc Des Princes itu telah mengikat kontrak Neymar sehingga tahun 2025 dan pastinya mereka akan mampu bermain harga untuk menyeksa bakal pembeli.

Pada usia 30 tahun, prestasi Neymar dilihat tidak selincah dulu dan kerap mengalami kecederaan. Lagi pula, gajinya yang dianggarkan sekitar £570,000 seminggu bakal menjadi halangan untuknya bermain di kelab lain.

Paling banyak penampilan yang dilakukan oleh Neymar dalam satu musim sejak 2017 adalah 31 perlawanan dan dalam dua musim Neymar penah bermain kurang separuh dari jumlah perlawanan liga (38 perlawanan).

Perpindahan pemain ini ke PSG dengan misi dan semangat yang membara iaitu untuk membuktikan kehebatan dan potensinya lantaran sentiasa dibayangi Lionel Messi ketika di Barcelona.

Ketibaan Lionel Messi ke PSG sekali lagi membuatkan Neymar tenggelam dengan bayangan rakan baiknya itu walaupun Messi sendiri mengalami kesenduan.

Sejak kehadiran Kylian Mbappe, bekas penyerang Barcelonan ini gagal untuk kembali ke permukaan dan secara perlahan-lahan tenggelam dan Mbappe pula semakin mengukuhkan diri sebagai bintang paling bersinar di Parc des Princes.

Mbappe telah menandatangani perjanjian baharu bulan lalu di kelab itu dengan membuat u-turn dari perpindahan yang dijangka ke Real Madrid dan menurut laporan satu janji yang dibuat kepada Mbappe untuk kekal ialah Neymar akan pergi.

Menurut laporan Footmercato, pemain berusia 30 tahun itu telah ditawarkan ke Juventus di mana Max Allegri serius mempertimbangkan penyerang itu sebagai pilihan.

Pakar mengenai perpindahan Juventus, Luca Momblano juga telah mendakwa di laman Juventibus bahawa bintang Brazil itu telah ditawarkan kepada gergasi Serie A itu yang sedang mencari jalan untuk kembali ke puncak Serie A dan di Eropah, secara pinjaman.

Ia bukan satu perjanjian yang mudah untuk dilakukan, bagi sesiapa sahaja, dengan situasi semasa Neymar tidak mungkin dibiarkan pergi dengan terlalu murah dan dengan gajinya yang melangit juga perlu diambil kira.

Walaupun hakikatnya penyerang Brazil ini tidak akan murah, laporan sebelum ini mendakwa Neymar boleh disambar dengan harga £76 juta, yang akan menyaksikan pasukan Kota Paris itu mengalami kerugian besar.

PSG mungkin rugi melepaskan penyerang mereka ini dengan harga £70 juta tetapi dengan usia Neymar dikuatkan lagi dengan kemerosotan prestasi, satu perjudian buat mana-mana pasukan untuk mengikat Neymar.

Juve membelanjakan €70 juta untuk Dusan Vlahovic dari Fiorentina pada Januari selepas mereka menewaskan Arsenal untuk mendapatkan pemain itu dan pemain Serbia itu menjaringkan tujuh gol dalam hanya 15 penampilan liga.

Bagaimanapun kehadiran Dusan Vlahovic masihtidak mencukupi untuk mereka mencabar kejuaraan liga, kerana mereka menamatkan saingan 16 mata di belakang juara AC Milan.

Ini bermakna selepas sembilan tahun memenangi kejuaraan berturut-turut, Juve kini mengharungi dua kempen terakhir tanpa kejayaan.

Allegri juga berharap untuk kembali bersaing di Liga Juara-Juara, di mana Wanita Tua itu disingkirkan oleh Villarreal pada pusingan 16 terakhir, sebelum pasukan Sepanyol itu turut menewaskan Bayern Munich di suku akhir.

Juve juga telah kehilangan Paulo Dybala, selepas Bianconeri memutuskan untuk tidak memperbaharui perjanjian penyerang Argentina itu dan Dybala dilaporkan bersedia untuk berpindah ke Inter Milan.

Salah satu daripada beberapa pasukan yang mampu membeli Neymar dan mampu membayar gajinya, adalah Newcastle United ini kerana pengukuhan kewangan Newcstle sejak diambil alih oleh pemilik Arab Saudi tahun lalu.

The Magpies telah dikaitkan dengan bintang PSG itu, jika benar ia akan menjadi perubahan besar hala tuju perpindahan yang telah Magpies selesaikan setakat ini dan lain-lain pemain yang telah dikaitkan dengan mereka baru-baru ini.

Newcastle sejak diambil alih pemilik baru dilihat tidak berminat mendapatkan pemain bintang dan mahu membina pasukan dari bawah dengan mewujudkan kestabilan dalam pasukan, akademi dan penambahbaikan insfrastruktur terlebih dahulu dan tidak melaburkan wang untuk membeli kejayaan.

Sesiapa sahaja yang berakhir dengan bintang global ini pada musim depan, walaupun ia adalah pasukannya sekarang, akan berharap untuk mendapatkan lebih banyak daripadanya daripada beberapa tahun kebelakangan ini.

Pasukan yang mendapatkan Neymar boleh dikatakan sebagai satu perjudian di mana mereka perlu berharap Neymar akan menjadi Neymar yang dunia kenali sebelum ini dan belum pasti akan terus dapat prestasi yang terbaik dari pemain itu.

BACA:  Lionel Messi Namakan Empat Pencabar Terdekatnya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D'or