Neymar Tak Layak Untuk Dianggap Sebagai Legenda Brazil

Neymar telah diberitahu yang beliau tidak layak untuk dianggap sebagai legenda Brazil kerana gagal untuk menyerap segala tekanan yang diletakkan ke atasnya.

Bintang Paris Saint Germain itu mula memperkenalkan dirinya kepada dunia pada tahun 2009 yang lalu dengan beliau turut dianggap sebagai antara pemain terbaik generasinya.

Walau bagaimanapun, ada pihak yang merasakan Neymar masih belum mengeluarkan sepenuh potensinya dan hanya menyerlah ketika beraksi di peringkat kelab.

Beliau setakat ini hanya memenangi satu Piala sahaja bersama skuad Brazil, iaitu Piala Confederations pada tahun 2013 yang lalu.

Darren Lewis percaya Neymar hanya memiliki sedikit sahaja detik menakjubkan berbanding legenda-legenda Brazil sebelumnya.

Lewis kemudiannya menjelaskan tentang mengapa beliau membuat dakwaan tersebut dengan menyatakan:

“Dia bukan legenda bagi saya. Dia ada jaringkan gol yang hebat, dia pernah menjadi pemain yang bagus. Dengar, saya mengikuti pemain Brazil sejak 1982. Saya ikuti Socrates, Eder, Falcao, Romario, Bebeto, Ronaldo, Ronaldinho, Rivaldo.”

“Saya tak boleh sebutkan lebih banyak… Atau saya tak mampu ingat berapa banyak detik hebat dilakukan Neymar setanding seperti Romario, Bebeto, Ronaldo, Ronaldinho, Rivaldo.”

“Ramai lagi yang lain, bahkan Juninho. Saya rasa Neymar selalu akan dapat tekanan yang sangat tinggi, dan saya tak begitu pasti dia mampu serap semua tekanan itu.”

Neymar berjaya menjaringkan 74 gol untuk skuad kebangsaan Brazil dan beliau kini hanya tiga gol sahaja di belakang Pele untuk memecah rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya.

Musim panas lalu, beliau berjaya membantu Brazil untuk layak ke pentas perlawanan akhir saingan Copa America.

The Selecao walau bagaimanapun terpaksa akur tewas 1-0 di tangan Argentina yang ketika itu menjuarai saingan Copa America.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Neymar dilihat menangis teresak-esak hingga menyebabkan Lionel Messi datang memujuknya.

Beliau sangat diharapkan akan mampu memimpin negaranya untuk memenangi gelaran Piala Dunia di Qatar pada penghujung tahun nanti.

Brazil sememangnya antara pasukan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan dan tak mustahil untuk melihat anak-anak buah Tite itu akan mampu bergelar juara.

Masa depan Neymar sendiri masih tidak jelas pada ketika ini, dan tak pasti ke mana beliau akan bermain selepas ini.

Beliau kini bukan lagi bintang utama di PSG dengan Kylian Mbappe selepas ini akan mempunyai kuasa yang jauh lebih besar berbandingnya di Parc des Princes.

Bahkan, ESPN turut ada melaporkan yang Neymar turut mempertimbangkan untuk pergi meninggalkan kelab selepas menyedari yang PSG tidak lagi memerlukan khidmatnya.

Perpindahan ke Premier League sepertinya akan berlaku dengan Chelsea dan Newcastle United merupakan antara pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Melihat kepada kemampuan dan potensi yang ada pada The Magpies, tidak akan mengejutkan untuk melihat Neymar bakal melengkapkan perpindahannya ke St. James Park.

Pemain midfield Newcastle, Joelinton turut sempat bergurau di Cast FC podcast dengan menyatakan:

“Kita boleh dapatkan spot untuk dia. Jika dia datang, ia akan jadi…. Saya tak boleh jelaskan.”

“Dia ni seorang idola, dia sangat besar dalam dunia bola sepak, jadi undangan sudah dihantar.”

“Ney, jika kamu dengar ini, kamu boleh datang.”

Memandangkan Newcastle United merupakan kelab paling kaya dalam dunia bola sepak hari ini, maka tak mustahil untuk melihat Neymar akan ke St. James Park selepas ini.

The Magpies juga pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk memantapkan kelab, dan pemain seperti Neymar jelas sekali akan sangat membantu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ibu Neymar Memberi Kekasihnya Rumah Kerana Mahu Rujuk Semula