NFDP Harapan Terakhir Malaysia Layak Ke Piala Dunia?

Tanpa memahami dan menyelusuri matlamat sebenar Program Pembangunan Bola Sepak Negara(NFDP atau PPBN) ramai mula menaruh harapan kepada program akar umbi bola sepak ini dan ramai yang hanya mengambil tahu sasaran untuk ke Piala Dunia bawah 17 tahun di Peru.

Pasukan NFDP Malaysia mula mendapat perhatian peminat bolasepak Malaysia apabila menewaskan pasukan Bayern Munich B13 dan pilihan Sepanyol B13 dalam siri jelajah Eropah dalam persediaan menghadapi dua edisi Ibercup 2015.

Program Pembangunan Bolasepak negara (PPBN@NFDP)merupakan satu pelan jangka panjang, di mana fasa pertama akan bermula dari tahun 2014 sehingga 2020 dan fasa kedua dari tahun 2021 sehingga 2030.

Rumusan kepada kepada program NFDP

Gerak kerja Lim Teong Kim sememangnya sangat teratur, tegas dan menekankan displin yang tinggi kepada jurulatih-jurulatih Akademi Mokhtar Daharai(AMD) dan juga akademi tunas(AT) di seluruh negara. Tanyalah mereka apa yang LTK lakukan. Latihan yang tersusun, budak-budak dipilih dari seawal umur 7 tahun lagi.

Diajar dengan segala ilmu bola sepak yang berkiblatkan Eropah. Tidak sedikit pun tertinggal ilmu bola sepak eropah disalurkan dan diajarkan kepada mereka. Modul-modul latihan sentiasa dikemas kini. Jurulatih-jurulatih AMD dan AT dibekalkan dengan ilmu yang secukupnya.

Infrastruktur dan fasiliti sudah mencukupi. Malah tak salah untuk mengatakan apa yang telah disediakan sebenarnya standardnya sama dengan apa yang disediakan oleh akademi terkemuka dunia.

Dan ada bunyi-bunyi dari panel dalam rancangan bola@mamak mengatakan bahawa NFDP ini tidak perlu memandai-mandai. Kita ada FAM katanya. Tersenyum sinis bila aku terdengar ayat demikian.

FAM?

Macamlah sebelum ini kita pernah layak ke Piala Dunia secara merit? Layak ke Piala Asia secara merit?

Tidak. Kita hanya layak melalui atas tiket menjadi penganjur sahaja. Selebihnya?

Ya. Kekalahan paling memalukan dalam sejarah bola sepak kita. Iaitu 10 berbalas kosong.

Adakah bola sepak Malaysia hanya sekadar berpusing-pusing sekitar di rantau Asia Tenggara sahaja?

5 Teras yang diterapkan

Adakah Piala AFF Suzuki itulah sebenarnya versi Piala Dunia Asia Tenggara paling realistik yang boleh kita jejaki?

Adakah sebenarnya kita ditakdirkan sukan bola sepak adalah bukan sukan kita?

Sememangnya NFDP ini adalah harapan terakhir rakyat untuk Malaysia layak ke Piala Dunia, namun program ini juga telah dicop gagal oleh ramai pihak dan para pemerhati.

Jadi apa lagi yang perlu kita lakukan?

Baca Juga

Baca Juga