Ngeri! Cal Crutchlow Tercampak Dari Motosikal

Cal Crutchlow terlibat dalam kemalangan apabila tercampak dari motosikal selepas mengambil selekoh.

Pelumba Motogp itu tercampak dan terjatuh teruk pada bahagian pinggang ketika sesi kelayakan 1.

Pelumba Inggeris itu masih mampu mengangkat ibu jari tanda like dari atas pengusung ketika dibawa ke ambulan.

Doktor Zasa mengesahkan Cal masih sedar dan tidak hilang kesedaran dari kemalangan tersebut. Ketika sampai Cal mengadu kesakitan di bahagian pinggang.

Pemeriksaan lanjut akan dibuat dan keputusan kesihatan Cal akan diumumkan nanti.

Baca Juga

Baca Juga