N’Golo Kante Kuat Menipu – Paul Pogba

Paul Pogba telah memusnahkan satu benda yang kita sangat percaya – N’Golo Kante adalah seorang yang baik dan suci, dengan mengatakan bahawa pemain tengah Chelsea itu adalah seorang yang kuat menipu!

Dalam dunia yang fana ini, semua orang sukakan Kante, sama ada orang itu adalah penyokong Chelsea, Leicester atau mana-mana pasukan sekalipun, kerana kehebatannya di atas padang yang membawa kepada gelaran wira ketika Leicester menjuarai Liga Perdana dan juga sikapnya yang sangat merendah diri.

Pemenang Piala Dunia 2018 tersebut diketahui telah keluar makan malam dengan seorang penyokong, berkunjung ke majlis perkahwinan penyokong dan masih memandu Mini Cooper – kereta yang boleh dikatakan sebagai kereta murah di UK walaupun gajinya yang berjuta.

Nak cerita betapa rendah dirinya Kante ni lagi, kawan dia terpaksa masuk campur ketika sambutan kemenangan Piala Dunia dengan memberikannya piala dek sifat malu untuk minta piala tu.

Dahtu, apa yang buatkan Pogba cakap Kante kuat menipu?

Nak kata tipu puasa, Kante siap bermain separuh akhir UCL sambil berpuasa kot.

“Dia tu kuat menipu. Kuat sangat,” kata Pogba kepada beIN Sports.

“Dalam permainan kad, atau pun permainan papan. Habis jujur dah ni, aku cakap ni benda betul.

“Dia tipu. Dia cakap dia tak tipu, tapi sebenarnya, ya. Licik sungguh dia tu. Budak bijak N’Golo ni.

“Tapi takpe. Kau kena sayang dia,” tambah Pogba lagi.

Ceh!

Ingatkan tipu apa. (mesti ni yang korang cakap, kan?)

Tapi tu lah, kurang-kurangnya pemain tengah Manchester United tu mengaku yang dia sayang je rakan senegara dia tu, dan juga mengesahkan kebenaran semesta – Kante disayangi ramai.

“Dia adalah pemain yang sangat disayangi dalam sejarah bola sepak,” tambah Pogba lagi.

“Kau memang terpaksa sayang dia. Tak boleh nak benci dia. Memang mustahil.

“Dia adalah seorang yang rendah diri, baik, professional. Dia tak pernah mengomel, tapi dia akan buat je kerja.

“Dia ada semua benda. Teknik dia bagus, dengan kualiti hantaran pun cantik, dan dia ada di mana-mana di atas padang.

“Malah aku boleh kata yang dia ni boleh timbul dari padang! Kau tak nampak dia dan – poooof!! tiba-tiba dia ada. Dia selalu dapat bola dan mampu jaringkan gol. Dia memang ada  di mana-mana.

“Untuk mempunyai pemain seperti itu di dalam pasukan kau, kau nak apa lagi?”

Beberapa minggu lepas Kante menunjukkan betapa dia adalah seorang pemain yang sangat luar biasa, malah lebih luar biasa daripada Luxor, di mana dia menguasai perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Bekas pemain Caen itu mencuri tumpuan kerana tampil cemerlang walaupun sedang berpuasa.

Dia tidak mampu untuk membantu Chelsea mengatasi Leicester dalam perlawnan akhir Piala FA tapi kalau Blues berjaya menduduki tangga empat teratas dalam liga, dan menjuarai UCL, di mana dia dijangka akan memainkan peranan penting, Kante akan menjadi pemain yang paling diingati oleh para penyokong Chelsea.

Asalkan Kante tak main tipu dah lah.

Baca Juga

Baca Juga