N’Golo Kante – Pemain Piala Dunia Yang Paling Tawadduk

Prestasi cemerlang Kante berkuasa kuda bersama Leicester membuka hati Conte untuk membawa pemain ini ke Stamford Bridge dengan nilai £32juta (RM177juta), dan sejak itu pemain berusia 25 tahun ini telah membantu pasukan The Blues menggayatkan diri di tangga teratas liga selepas 24 perlawanan.

Itu cerita lama la kan. N’Golo Kante ialah salah seorang pemain tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris. Itu fakta.

Bersama Perancis di Piala Dunia 2018, Kante seperti biasa, bertenaga dan tidak pernah penat sehingga dianggap mempunyai 15 paru-paru. Dengan adanya Kante bahagian tengah Perancis dapat melakukan serangan tanpa rasa melekit.

Prestasinya bagaikan kuda jantan setiap kali beraksi di atas padang, selain sifat tawadduknya yang cukup disenangi kawan atau lawan. Kante yang hanya berketinggian 169cm membuktikan bahawa dalam bola sepak, saiz bukan ukuran, di mana Kante telah merampas bola daripada lawan lebih banyak daripada pemain lain.

Kante pernah ditawarkan ke kelab Paris Saint Germain, Lorient, Rennes, Sochaux dan banyak lagi. Kante dibawa untuk menjalani ujian atau dalam bahasa orang putihnya trial dengan kelab-kelab di atas ketika berusia 14 dan 15 tahun, namun kesemua usaha tersebut hanya ditemukan dengan kehampaan.

Alasan kebanyakan kelab ialah ‘kalau setakat macam ni ramai kami ada.’ Kante ditolak kerana saiz badannya. Itu cerita lama lagi.

Dengan kualitinya mematahkan serangan pasukan lawan dengan bermain sambil memejam mata, Kante mendapat pujian dan disukai bukan setakat penyokong Chelsea, malah semua penggemar bola sepak.

Selalunya, apabila status seseorang pemain itu meningkat, maka gaya hidup mereka juga secara automatik meningkat mewah dengan kereta-kereta mahal, termasuklah di Malaysia, tetapi tidak bagi Kante.

Kante tidak goyang bila diuji dengan kemewahan. Buktinya, dia sekadar memandu kereta Mini Cooper, sedangkan pemain lain memandu kereta yang mewah seperti Bentley, Mercedes, Perodua dan BMW.

Ketika ditanya Sunday Times, Kante berkata ;

“Teman bukanlah suka kereta sangat. Mini Cooper teman tu, teman beli sebab nak belajar memandu di sebelah kiri. Teman beli masa teman di Leicester dulu, dan sampai sekarang teman pakai yang tu lagi.”

Kereta pertama Kante?

Ternyata Kante ada terbaca status Facebook pakar hartanah Malaysia yang berkata tidak guna kalau berkereta mewah tapi rumah sewa.

Baca Juga

Baca Juga