Nico Rosberg Dari Juara Dunia F1 Kepada Penjual Aiskrim

Pemandu Jerman dari pasukan Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg telah mengumumkan persaraan daripada Formula Satu (F1) selepas merangkul kejuaraan dunia buat pertama kali dalam kerjayanya pada musim 2016.

Keputusan yang dibuat seminggu selepas muncul juara dunia oleh Rosberg itu nyata memberi kejutan kepada dunia permotoran. Lebih syahdu Rosberg mengumumkan keputusan untuk bersara itu melalui laman Facebooknya dan bukan melalui page KRT.

Selepas hampir 8 bulan bersara Nico Rosberg kini membantu isterinya, Vivian menjual aiskrim di destinasi pelancongan idaman ramai di Ibiza. Kedai yang bernama Vivi’s Creamery itu menjual ais krim dan juga susu kocak.

Ramai menganggap keputusan Rosberg itu satu kesilapan dan kerugian tetapi ini jawapan Rosberg.

“Life (Kehidupan)”

“Menggeliat di bawah pancaran sinaran mentari pagi adalah sesuatu yang menakjubkan” Jelas Rosberg.

Baca Juga

Baca Juga