Nicol David Tergelincir Dari Takhta

Nicol David hari ini tergelincir dari takhta nombor satu dunia ranking squash wanita apabila tempatnya diambil alih Raneem El Weleily dari Mesir, seperti yang diumumkan PSA Tour.

Untuk rekod, Nicol telah memegang takhta selama 109 bulan, iaitu kira-kira 9 tahun, paling lama dalam sejarah squash dunia. Nicol tergelincir ke tangga kedua setelah mengutip 2853 mata, berbanding Raneem yang mengutip 2979 mata.

raneem el weleily nicol david
Raneem melakukan aksi hip hop sewaktu bertemu Nicol

“Bagi saya, kehilangan takhta nombor satu dunia bukanlah tidak dijangka. Tahun ini prestasi saya agak turun naik,” ujar Nicol.

Nicol sekadar memenangi satu kejohanan anjuran PSA berbanding Raneem berjaya memenangi tiga kejohanan.

Nicol, yang genap 33 tahun seminggu lalu, masih boleh merampas takhta nombor satu jika memenangi kejohanan Terbuka Macau dan Terbuka China bulan ini.

Pemain Malaysia yang turut berada di dalam ranking top 12 ialah Low Wee Wern (9) dan Delia Arnold(12).

Rankings –

1 Raneem El Weleily (Egy) 2,979 mata

2 Nicol David (Mas) 2,853

3 Camille Serme (Fra) 1,759

4 Alison Waters (Eng) 1,425

5 Laura Massaro (Eng) 1,417

6 Omneya Abdel Kawy (Egy) 1,210

7 Nour El Sherbini (Egy) 1,210

8 Nour El Tayeb (Egy) 1,001

9 Low Wee Wern (Mas) 843

10 Annie Au (Hkg) 727

11 Emma Beddoes (Eng) 617

12 Delia Arnold (Mas) 571

Baca Juga

Baca Juga