Nicolas Pepe Hasil 33 Gol Musim Lalu Hanya Messi, Mbappe Dan Quagliarella Diatas

Pemain memecahkan rekod perpindahan Arsenal, Nicolas Pepe terlibat dengan 33 gol musim lalu untuk Lille dan hanya Lionel Messi, Kylian Mbappe serta Fabio Quagliarella yang terlibat dengan lebih banyak gol.

Nicolas Pepe dibeli dari kelab Perancis, Lille dengan harga £72 juta sahaja dengan ikatan kontrak panjang selama lima tahun.

Pemain sayap Ivory Coast itu telah memecahkan rekod pembelian Arsenal sebelum ini yang mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang daripada Borussia Dortmund dengan nilai £56 juta.

Arsenal berjaya menewaskan pesaing lain dalam mendapatkan Pepe di mana kelab lebih besar seperti PSG dan Liverpool serta kelab biasa-biasa seperti Manchester United juga dikatakan menaruh minat.

Pepe mempamerkan aksi yang prolifik musim lalu di Ligue 1 dengan menjaringkan 22 gol dan 11 bantuan gol sepanjang musim. Bukan kaleng-kaleng.

Hanya Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Fabio Quagliarella menghasilkan lebih banyak gol dan bantuan gol berbanding pemain berbakat berusia 24 tahun itu di Lima Liga Utama Eropah.

Nicolas Pepe mengatasi pemain yang lebih padu dan tersohor di Eropah seperti Eden Hazard, Mohamed Salah, Sergio Aguero dan Cristiano Ronaldo.

1. Lionel Messi (Barcelona) – 49

2. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) – 40

3. Fabio Quagliarella (Sampdoria) – 34

4. Nicolas Pepe (Lille) – 33

5. Eden Hazard (Chelsea) – 31

6. Mohamed Salah (Liverpool) – 30

7. Duvan Zapata (Atalanta) – 30

8. Sergio Aguero (Manchester City) – 29

9. Cristiano Ronaldo (Juventus) – 29

10. Robert Lewandowski (Bayern Munich) – 29

Gandingan Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette dan Pepe pasti menjadi trio yang paling merbahaya di England jika semuanya berada di prestasi terbaik.

Berdasarkan rating yang dikeluarkan oleh Whoscored.com berdasarkan data daripada pelbagai aspek prestasi pemain di Eropah, Nicola Pepe dinilai dengan rating 7.62 daripada markah penuh 10.

Nicolas Pepe berada di tangga ke-8 dalam senarai ribuan pemain di 5 liga utama Eropah dan darjah kesukaran Ligue 1 yang agak rendah menjadikan markah Pepe sedikit rendah namun masih luar biasa.

1. Lionel Messi (Barcelona) – 8.48

2. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) – 8.00

3. Teji Savanier (Nimes) – 7.89

4. Eden Hazard (Chelsea) – 7.81

5. Cristiano Ronaldo (Juventus) – 7.68

6. Robert Lewandowski (Bayern Munich) – 7.65

7. Alejandro Gomez (Atalanta) – 7.64

8. Nicolas Pepe (Lille) – 7.62

9. Raheem Sterling (Manchester City) – 7.61

10. Thiago Alcantara (Bayern Munich) – 7.59

11. Kerem Demirbay (Hoffenheim) – 7.59

12. Luis Suarez (Barcelona) – 7.57

13. Mohamed Salah (Liverpool) – 7.57

14. Marcel Halstenberg (RB Leipzig) – 7.56

15. Sebastien Haller (Eintracht Frankfurt) – 7.55

Baca Juga

Baca Juga