Arsenal sebelum ini yang dilaporkan kedekut berahap tahi hidung masing di jendela perpindahan dan hanya menyediakan bajet £40 juta sahaja akhirnya memecahn rekod pembelian kelab dengan mengikat Nicolas Pepe secara sah.
Walaupun kedekut, Arsenal masih memegang kepada adab orang Inggeris dan tidak menggunakan pintu belakang untuk mendapatkan pemain yang diingini. Tak macam pasukan galah panjang kat negara kau.
Nicolas Pepe dibeli dari kelab Perancis, Lille dengan harga £72 juta sahaja dengan ikatan kontrak panjang selama lima tahun.
'Here we go!' ? pic.twitter.com/s9xrOzgGK0
— Arsenal (@Arsenal) August 1, 2019
Pemain sayap Ivory Coast itu telah memecahkan rekod pembelian Arsenal sebelum ini yang mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang daripada Borussia Dortmund dengan nilai £56 juta.
Arsenal berjaya menewaskan pesaing lain dalam mendapatkan Pepe di mana kelab lebih besar seperti PSG dan Liverpool serta kelab biasa-biasa seperti Manchester United juga dikatakan menaruh minat.
Pepe mempamerkan aksi yang prolifik musim lalu di Ligue 1 dengan menjaringkan 22 gol dan 11 bantuan gol sepanjang musim. Bukan kaleng-kaleng.
8 – Liverpool are unbeaten in their last eight matches against Arsenal in all competitions (W4 D4) – they last enjoyed a longer such run in February 2000 (14 games). Bragging. pic.twitter.com/hKD8JGO7uL
— OptaJoe (@OptaJoe) August 24, 2019
Dalam pertemuan menentang Liverpool yang menyaksikan Arsenal tewas 3-1 seperti yang sudah diramal lebih awal, Nicolas Pepe telah melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh pemain Premier League sebelum ini.
Pemain termahal Arsenal itu menjadi manusia pertama berjaya menggelecek melepasi pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk dalam 50 penampilan terakhir di Premier League.
Pemain Newcastle United, Mikel Merino menjadi manusia terakhir melepasi Van Dijk pada Mac 2018 dan manusia sebelum itu adalah Alexandre Lacazette pada 2017.
Pepe telah mengambil bola dari kawasan tengah padang pada minit ke-6 dan Van dijk cuba untuk menutup ruang pergerakan namun Pepe berjaya melepasi Van Dijk dengan kepantasan yang nyata.
Nicolas Pépé is the first player to successfully dribble past Virgil van Dijk in the Premier League since 2018. A 50 game streak broken. [@Squawka] https://t.co/Qf5wyLfcxt
— ArsenalGIF (@ArsenalGIF) August 24, 2019
50 – Nicolas Pepe has become the first player to successfully dribble past Virgil van Dijk in the Dutch defender's last 50 appearances in the Premier League, since Mikel Merino in March 2018 for Newcastle. Beaten. pic.twitter.com/B1oRZMciOB
— OptaJoe (@OptaJoe) August 24, 2019
Nicolas Pépé is the first player to successfully dribble past Virgil van Dijk in the Premier League since Mikel Merino did so in March 2018.
50-game streak ended. pic.twitter.com/QqAx93dDBK
— Squawka Football (@Squawka) August 24, 2019
The last three players to successfully dribble past Virgil van Dijk in the Premier League:
2017: Alexandre Lacazette
2018: Mikel Merino
2019: Nicolas PépéSpanning three years and two different teams. ? pic.twitter.com/RTKZTjK9I0
— Squawka Football (@Squawka) August 24, 2019
Sebelum ini, pemain penyerang Manchester City, Gabriel Jesus telah berjaya melepasi pertahanan berusia 28 tahun itu dalam perlawanan Community Shield.
Namun seorang wakil FA telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejayaan Jesus tiu tidak dikira sebagai rasmi untuk statistik kerana Community Shield bertaraf perlawanan persahabatan je.