Nike Lancarkan But Edisi Terhad Mercurial Superfly CR7 Vitorias Sempena Kemenangan Ballon d’Or Keempat

Nike melancarkan but edisi terhad sebagai penghargaan dan pernghormatan kepada pemain Portugal dan juga Real Madrid, Cristiano Ronaldo diatas pencapaian cemerlangnya bagi tahun 2016 dengan memenangi Ballon d’Or.

But berwarna putih dan emas itu sebagai penghargaan kepada Ronaldo dengan perkataan Vitorias dalam bahasa Portugis yang membawa maksud kejayaan (Victories) pada bahagian belakang. Manakala metallic plat berwarna keemasan pada bahagian tapak perlambangan kepada trofi yang dijulang Ronaldo.

Pada bahagian tepi but pula akan tertera logo CR7. Nike mengumumkan akan menghasilkan sebanyak 777 pasang sahaja but edisi terhad Mercurial Superfly CR7 Vitorias yang akan berada dipasaran pada awal 2017.

Gambar : Nike

Baca Juga

Baca Juga