Nike Mengikat Perjanjian Seumur Hidup Dengan Cristiano Ronaldo

Rezeki ayam nampak di kaki rezeki Ronaldo juga nampak di kaki. Rezeki pemain yang berusia 31 terus mencurah-curah ibarat curahan koko di ladang gandum.

Sehari selepas menandatangani kontrak baharu yang lumayan bersama Real Madrid dan memenangi anugerah Alfredo di Stefano selaku pemain terbaik La Liga bagi musim 2015-16 , Cristiano Ronaldo menambah lagi pendapatannya dengan perjanjian baharu bersama Nike.

Dikatakan perjanjian mega yang bernilai jutaan dolar itu menjadikan Ronaldo sebagai ahli sukan yang memperoleh pendapatan tertinggi, mendahului pesaingnnya di Barcelona, Lionel Messi.

Menurut majalah Amerika Syarikat Forbes, Ronaldo mengatasi Messi pada 2016 dengan pendapatan sebanyak $88 juta (RM367.62 juta).

Biarpun tiada angka rasmi, namun kontrak Ronaldo selama lima tahun bersama Real itu dikatakan mempunyai gaji asas 25 juta euro (RM115.05 juta) setahun.

Bintang berumur 31 tahun itu juga memperoleh sehingga 40 juta euro (RM184.08 juta) setahun bagi perjanjian dengan Nike, menurut akhbar sukan Sepanyol Marca.

Marca dan AS berkata, perjanjian Nike dengan penyerang sensasi Portugal itu adalah bagi seumur hidup seperti mana antara Nike dan legenda bola keranjang Michael Jordan.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan jenama ini, saya mempunyai kawan baik di syarikat ini di sini,” kata Ronaldo dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Nike bagi mengumumkan kontrak baharu jangka masa panjang itu.

“Kami bekerja sebagai sebuah keluarga juga,” katanya.

“Ini adalah jenama saya.” – AFP

Sumber : Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga