Nikmatilah Debut Luqman Hakim Bersama KV Kortrijk

Pemain remaja sensasi Malaysia, Luqman Hakim yang berkelana di bumi Belgium yang beraksi bersama pasukan KV Kortrijk di Jupiler Pro League akhirnya berjaya mendapat tempat untuk membuat debut.

Detik yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh peminat bola sepak Malaysia dan sudah tentu buat Luqman Hakim sendiri apabila telah disenaraikan dalam 19 pemain KV Kortrijk ketika berhadapan Anderlecht.

Dalam perlawanan ini KV Kortrijk telah tewas dengan jaringan 3-1 kepada Anderlecht dan Luqman Hakim telah dimasukkan pada minit ke-74 ketika ketinggalan 3 gol tanpa balas.

Kemasukan Luqman Hakim telah membantu KV Kortrijk memperolehi gol saguhati pada minit ke-87 melalui sepakan penalti Ilombe Mboyo.

KV Kortrijk mempamerkan aksi yang agak menarik dalam mengatur serangan namun sayang sekali sentuhan penyudah kebannyakkannya menjadi sentuhan kecundang.

Banyak percubaan yang dilakukan mencari langit dan akhirnya menemui laut. Anderlecht yang dikendalikan oleh bekas pemain pertahanan Manchester City, Vincent Kompany sangat klinikal dalam perlawanan ini.

Nmecha menjaringakn dua gol dalam perlawanan ini untuk Anderlecht dan satu gol lagi dijaringkan oleh Tau.

Perlawanan menentang Anderlecht ini adalah penampilan kali pertama Luqman Hakim di dalam skuad utama KV Kortrijk sejak menyertai kelab Belgium pada Ogos lalu.

Sebelum ini Luqman telah diberikan peluang untuk tampil dalam skuad B-21 tahun dan beberapa perlawanan persahabatan skuad utama KV Kortrijk, dan telah menjaringkan beberapa gol.

Luqman Hakim ke KV Kortrijk

Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk diumumkan secara rasmi apabila dengan sahnya mengikat kontrak bersama dengan kelab daripada Belgium itu pada Ogos lalu.

Tahun lalu, Luqman Hakim telah ditawarkan kontrak untuk ke Eropah namun terpaksa menunggu hingga Luqman mencapai umur 18 tahun pada bulan Mac 2020.

Namun pandemik melanda telah menunda satu ikatan yang sah untuk dimeterai dan telah tertangguh hampir 5 bulan dan kini segalanya pasti.

Luqman Hakim merupakan produk hasil air tangan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan bakat yang ada pada beliau sudah dikesan ketika berusia 13 tahun lagi.

Video Sambutan Luqman Hakim oleh KV Kortrijk

KV Kortrijk telah menyambut kedatangan Luqman Hakim dengan satu video yang berkelas dunia dan video itu telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi mereka.

Video memaparkan seorang pakcik yang berjalan dan mendapat petunjuk demi petunjuk dengan kehadiran Luqman ke bumi Belgium.

Dalam video ini juga aksi Luqman Hakim menjaringkan gol padu bersama bersama pasukan Malaysia turut dipamerkan.

Lebih istimewa dalam video ini adalah aksi Luqman Hakim menimang bola dengan memakai jersi Selangor dan berlatar belakangkan stadium yang tertera tulisan ‘Home of The Red Giangs’.

Padu bukan?

Dihujung video ini telah dipaparkan ucapan penuh teruja Luqman Hakim yang akhirnya kini sah bersama kelab dari Belgium itu dengan kontrak 5 tahun.

“Saya sangat teruja dan berasa bangga dan tidak sabar mewakili KV Kortrijkl.”

“Lakoh luas ni sobat, sek kito jange pecoh.”

Selamat maju jaya buat Luqman dan semoga penghijrahan Luqman akan menjadi pembuka jalan kepada bakat muda bola sepak Malaysia ke luar negara.

60 Pemain Muda Terbaik Dunia

Selepas ditawarkan peluang yang begitu hebat oleh kelab Belgium, Luqman Hakim telah menggemparkan dunia bola sepak Malaysia apabila disenaraikan sebagai salah seorang 60 pemain muda terbaik dunia oleh media antarabangsa, Ther Guardian

Hanya 5 orang sahaja pemain muda dari Asia yang tersenarai dalam senarai 60 pemain ini termasuk Luqman Hakim untuk pemain muda yang lahir pada tahun 2002. Wonderkid.

Walaupun ada yang memperlekehkan tawaran bermain di luar namun Luqman membuktikan beliau layak dan mendapat pengiktirafan media antarabangsa.

60 Pemain Muda Terbaik Dunia

Berikut merupakan empat pemain dari Asia yang lain yang turut tersenarai dalam 60 pemain muda terbaik duni :

1. Jun Nishikawa (Jepun/ Cerezo Osaka)
2. Khasanov Mukhriddin (Tajikistan/ Parvoz)
3. Suphanat Muenta (Thailand/ Buriram United)
4. Jasurbek Jaloliddinov (Uzbekistan/ Bunyodkor)

Biodata Ringkas Luqman Hakim

Nama: Luqman Hakim Shamsudin

Umur: 16

Tarikh Lahir: 5 Mac 2002

Tempat Lahir: Kelantan

Posisi: Penyerang

Tinggi: 170 Sm

Berat: 59 Kg

Hobi: Berkenalan

Pasukan Kegemaran: Manchester United & Brazil

Pemain Kegemaran: Zico & Shamsudin Mahmmod

Page Kegemaran : The Sukan

BACA:  Video Berkelas Dunia KV Kortrijk Mengalukan Kedatangan Luqman Hakim