Nikola Kalinic Dihantar Pulang Dan Menonton Perlawanan Croatia Dari Rumah

nicola kalinic

Menang tetapi tetap pulang awal itulah yang menimpa pemain Croatia yang dihantar pulang oleh Zlatko Dalic dan terpaksa melihat perlawanan akhir Piala Dunia antara Croatia dan Perancis di ruang tamu rumah sendiri.

Nicola Kalinic yang merupakan salah seorang pemain skuad Croatia yang mara ke final menerima akibat terpaksa pulang awal tetapi kerana keengganannya masuk sebagai pemain gantian.

Bekas penyerang Blackburn itu menolak untuk masuk ketika perlawanan Croatia menewaskan Nigeria diperingkat kumpulan pasti akan menjadi penyesalan terbesar dalam hidup. Inilah erti sesal yang sebenar.

Pemain berusia 30 tahun itu nyata memendam rasa kerana terpaksa sekadar memanaskan bangku simpanan dalam semua perlawanan termasuk ketika menentang Nigeria.

Pengurus Croatia, Zlatko Dalic telah meminta Kalinic untuk masuk pada minit ke-85 tetapi dengan angkuhnya beliau menolak tanpa sebarang alasan ketika itu.

Kalinic kemudiannya dilaporkan oleh Sata24 membuat aduan bahawa beliau mengalami masalah belakang badan. Namun aduan Kalinic kepada media tidak dapat diterima akal oleh barisan kejurulatihan Croatia.

Kerana kengganan Kalinic masuk maka pemain Juventus, Marko Pjaca masuk sebagai pemain gantian dan Croatia menang selesa dua gol tanpa balas pada perlawanan pembukaan kumpulan.

Croatia hanya mempunyai seorang saja pemain nombor 9 original bukan copy ori 1:1 iaitu Mario Mandzukic tetapi mereka berjaya menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Pemain posisi lain juga mampu menjaringkan gol.

Kalinic sekarang beraksi bersama Fiorentina tetapi menghabiskan musim lepas sebagai pemain pinjaman di AC Milan telah dikatakan bakal meninggalkan Italy namun dengan perangai sebegini mungkin akan memberinkedan kepada penghihrahannya. Perangai macam setan sape nak.

Sungguh memilukan kerana terlepas Piala Dunia kerana masalah sikap dan boleh dilabel sebagai bangang. Kalinic juga bakal hilang medal Piala Dunia kerana isu ini.

Keputusan perlawanan berpihak kepada Croatia yang berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan, Croatia bangkit mengikat selepas ketinggalan seawal minit ke-6. Croatia menang 2-1 dan layak ke final.

Sejarah telah tercipta, Croatia mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara mereka. Sebelum ini kejayaan terbaik mereka adalah ke peringkat separuh akhir sahaja pada 1998.

Baca Juga

Baca Juga