Nilai Liverpool Meningkat Daripada $700 Juta Kepada $2.2 Billion Sejak Klopp Menjadi Pengurus

Share on facebook
Share on twitter

Nilai pasukan paling power di muka bumi, Liverpool telah meningkat agak padu daripada $700 Juta Kepada $2.2 Billion sejak Jurgen Klopp dilantik menjadi pengurus sehingga bergelar penakluk dunia.

Pengurus yang kini berusia 51 tahun tiu telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015 selepas cemerlang selama 7 tahun bersama Borussia Dortmund dengan 2 kejuaraan Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Champions League.

Sebelum itu Klopp telah bersama FSV Mainz 05 dan telah membawa kelab itu ke liga teratas Jerman buat pertama kali dalam sejarah kelab pada 2004 dan bermain di kejohanan Eropah setahun kemudian.

Ketika Klopp tiba dan mula menguruskan pasukan Liverpool pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2014 dinilai pada harga $700 juta sahaja dan mula mencatatkan peningkatan untuk tahun ke seterusnya.

Pada musim pertama di Anfield, Liverpool telah mara ke final League Cup dan Eruopa League di mana mereka tewas dalam kedua-dua perlawanan akhir itu.

Kemaraan dalam dua perlawanan akhir selepas kemarau sebarang piala untuk beberapa ketika telah melonjakkan nilai Liverpool pada tahun 2015 kepada $982 juta.

musim 2016/17 Mmenyaksikan Kloop telah membawa The Reds kembali ke Champions League buat pertama kali sejak 2014. Menamatkan musim itu ditangga ke-4 pada hari terakhir menewaskan Middlesbrough di Anfield.

Kepulangan kembali Liverpool ke Champions League dengan penuh bergaya apabila mara ke final di Kiev sebelum tewas 3-1 kepada juara bertahan Real Madrid.

Pada musim 2018-19, pengurus berusia 52 tahun itu sekali lagi membawa Liverpool ke final Champions League dan telah menjulang kejuaraan ke-6 Liverpool dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

Di saingan domestik, Liverpool menamatkan liga ditempat kedua walaupun mengumpul 97 mata dan mengejar Manchester City hingga perlawanan terakhir.

Kecemerlangan menyaksikan tahun sehingga Mei 2019 Liverpool dinilai pada harga $2.2 bilion oleh majalah Forbes

Dengan nilaian hampir $2.2 bilion atau lebih tepat $2.183 bilion, meletakkan Liverpool di tangga ke-8 dalam senarai kelab bola sepak paling bernilai di dunia.

Pecahan Nilai Liverpool 2019

Forbes menilai Liverpool yang dimiliki oleh John Henry dan Tom Werner pada nilai Negeri Sembilan. Kelakar bukan? Pada harga $2.2 bilion pada bulan Mei 2019.

Pada 2019 Liverpool menjana pendapatan sebanyak $613 juta dengan pendapatan operasi sebanyak $123 juta.

Pecahan nilai pendapatan Liverpool berdasarkan hari perlawanan, penyiaran, komersil dan jenama:

1. Hari perlawanan – $373 juta

2. Penyiaran – $1.025 bilion

3. Komersil – $580 juta

4. Jenama – $205 juta

Nilai Liverpool Sejak Kehadiran Klopp

Sejak kehadiran Jurgen Klopp ke Liverpool dengan pelbagai kejuaraan yang dirai dalam tempoh setahun terakhir ini telah melonjakkan nilai Liverpool kepada $2.2 bilion.

Dalam tempoh itu terdapat juga penyusutan nilai Liverpool tetapi tidak ketara dan ikatan perjanjian dengan jenama Nike akan melonjakkan lagi nilai Liverpool.

Perjanjian yang akan bermula pada musim 2020/21 menjadikan Liverpool menerima bayaran perjanjian jersi tertinggi di Premier League.

Berikut merupakan nilai Liverpool sejak kehadiran Klopp pada 2015. Pada 2017 mencatatkan sedikit penurunan.

2014 – $700 juta

2015 – $983 juta

2016 – $1.548 bilion

2017 – $1.492 bilion

2018 – $1.944 bilion

2019 – $2.2 bilion

Kenaikan hampir 300 peratus sejak kedatangan Klopp yang membawa pelbagai kejayaan dan bakal menjulang Premier League musim ini.

Senarai 10 pasukan bola sepak paling Bernilai 2019

Nilai komersial yang tinggi membolehkan pasukan daripada Premier League mendapat bayaran hak penyiaran yang tinggi untuk semua kejohanan di sertai sekaligus menaikkan jenama kelab.

Liputan meluas menyebabkan kutipan tiket hari perlawanan dan corporate hospitality juga meningkat dengan kedatangan penonton dari seluruh pelusuk dunia.

Yang terkini Barcelona menjadi kelab paling tinggi mencatatkan pendapatan dengan jumlah $840.8 juta sahaja bagi musim 2018/19 sekaligus memotong Real Madrid.

Liverpool pula berada ditangga ke-6 dengan pendapatan $604.7 juta dan pendapatan ini akan meningkat dengan ketara pada musim ini. Kau tunggu jela.

Nilai kelab dan pendapatan kelab adalah sesuatu yang berbeza sedara-sedara sekalian.

Pasukan bola sepak paling bernilai 2019, senarai 10 teratas didominasi pasukan dari Premier League:

1. Real Madrid – $4.239 bilion

2. Barcelona – $4.021 bilion

3. Manchester United – $3.808 bilion

4. Bayern Munich – $3.024 bilion

5. Manchester City – $2.688 bilion

6. Chelsea – $2.576 bilion

7. Arsenal – $2.268 bilion

8. Liverpool – $2.183 bilion

9. Tottenham Hotspur – $1.624 bilion

10. Juventus – $1.512 bilion

BACA:  Pochettino: Sukar Bandingkan Kane Dengan Salah
Share on facebook
Share on twitter