Nilai Terbaru Pemain Liverpool Musim 2019/20

Pasukan Liverpool sedang melalui musim yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk mereka. Walau baru disingkirkan dari Liga Juara-Juara dan Piala FA tetapi kehebatan pasukan Liverpool musim ini sememangnya tidak boleh disangkal.

Selepas menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu, pasukan The Reds berjaya pula menjulang Piala Super Eropah.

Pada Disember lalu anak-anak buah Jurgen Klopp telah ditabalkan pasukan terhebat dunia apabila memenangi FIFA Club World Cup.

Namun langit tidak selalu cerah, pasukan Liverpool yang melalui musim cemerlang dengan kemenangan demi kemenangan akhirnya tewas juga dalam saingan Liga Perdana kepada Watford.

Selepas impian mereka untuk menjuarai Liga dengan tidak terkalahkan, Liverpool kemudian telah tersingkir dari saingan Piala FA dan Liga Juara-Juara sekali gus meranapkan impian treble mereka.

Namun adakah berlaku kejatuhan dari segi nilai untuk para pemain Liverpool? Berapa nilai pemain Liverpool kini jika dijual pada musim panas nanti?

Nilai terkini untuk para pemain pasukan Liverpool berbanding dengan nilai pada awal musim 2019/20 telah didedahkan dengan jayanya.

Sudah menjadi lumrah ada pasang dan ada surut begitu juga senarai yang dikeluarkan ada pemain yang mencatatkan peningkatan, ada yang mencatatkan susut nilai.

Tetapi jika dilihat kepada senarai ini kebanyakkan pemain Liverpool berjaya menaikkan rate harga mereka ke tahap yang tinggi.

Peningkatan nilai beberapa pemain utama membuktikan itulah impak dengan apa yang dilakukan Klopp sejak awal musim.

Berikut merupakan nilai terkini pemain Liverpool berbanding nilai mereka pada awal musim berdasarakan data daripada Transfermarkt.co.uk

Alisson Becker

Nilai penjaga gol utama Liverpool ini meningkat sehingga £9 juta dalam musim ini dan kini beliau merupakan penjaga gol terbaik dunia.

Alisson meraih anugerah tangan emas dalam pelbagai kejohanan tahun lalu baik bersama Brazil atau Liverpool.

Nilai awal musim 2019/20 : £72 juta
Nilai Sekarang : £81 juta

Adrian

Walau dikecam hebat berikutan aksi kurang mantap beliau ketika tewas kepada Atletico, tidak boleh dinafikan Adrian adalah seorang “Back up Goalkeeper” yang sangat hebat.

Sebaik menyertai Liverpool, Adrian menjadi penjaga gol utama untuk pasukan ekoran kecederaan yang dialami oleh Alisson Becker pada awal musim.

Ketika menyertai Liverpool Adrian dinilai pada harga £4.5 juta dan Liverpool mendapatkan beliau secara percuma.

Nilai awal musim 2019/20 : £3.15 juta
Nilai Sekarang : £4.5 juta

Caoimhin Kelleher

Caoimhin Kelleher penjaga gol muda dan dikatakan bakal menjadi pengganti Alisson Becker di masa depan telah membuat beberapa penampilan di Carabao Cup dan FA Cup.

Nilai awal musim 2019/20 : £450,000
Nilai Sekarang : £900,000

Andy Lonergan

Penjaga gol veteran, Andy Lonergan tidak mempunyai sebarang peningkatan harga dan tidak juga mencatatkan penurunan harga, nilai beliau kekal pada £225,000.

Pada usia 36 tahun Andy Lonergan hanya duduk dibangku simpanan dan masuk ke padang untuk bergambar bersama Piala kemenangan Liverpool.

Nilai awal musim 2019/20 : £225,000
Nilai Sekarang: £225,000

Virgil van Dijk

Van Dijk telah membuktikan kehebatannya dengan mempamerkan aksi cukup mantap dalam dua musim terakhir ini.

Beliau adalah pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini dan telah dicalonkan sebagai tiga pemain terbaik untuk memenangi anugerah Ballon d’Or 2019 lalu.

Liverpool mendapatkan beliau dengan yuran perpindahan pemain pertahanan termahal dunia sebelum dipecahkan oleh Harry Maguire.

Tetapi Maguire hanya memecahkan rekod perpindahan sahaja dari segi aksi masih belum terlihat beliau mampu tandingi Van Dijk.

Dengan aksi yang terus cemerlang musim 2019/20 nilai van Dijk meningkat £9 juta dari £81 juta kepada £90 juta je.

Liverpool membayar £75 juta untuk mendapatkan van Dijk pada Januari 2018 dan kini bernilai £90 juta.

Nilai awal musim 2019/20 : £81 juta
Nilai Sekarang : £90 juta

Joel Matip

Matip menjaringkan gol ketika menentang Manchester City di Community Shield dan ketika menewaskan Arsenal 3-1.

Selepas dari itu Matip berehat panjang gara-gara mengalami kecederaan dan hanya turun beraksi dalam satu dua perlawanan sahaja.

Nilai awal musim 2019/20 : £27 juta
Nilai Sekarang : £36 juta

Joe Gomez

Nilai Joe Gomez tiada sebarang peningkatan sejak awal musim dan kekal pada nilai £31.5 juta hingga ke hari ini.

Pemain berusia 22 tahun ini mempamerkan aksi konsisten di pertahanan tengah bersama Virgil Van Dijk.

Jika Gomez mampu mengekalkan persembahan mantap seperti apa yang dipamerkan sekarang maka harganya pasti akan meningkat.

Nilai awal musim 2019/20 : £31.5 juta
Nilai Sekarang : £31.5 juta

Dejan Lovren

Beliau adalah pemain yang melabel diri sendiri sebagai pemain pertahanan terbaik dunia selepas membantu Croatia muncul naib juara Piala Dunia 2018.

Namun beberapa perlawanan terakhir beliau beraksi, Lovren gagal menunjukkan aksi sebenarnya dan persembahannya agak hambar.

Nilai Lovren seperti Gomez juga tidak mengalami sebarang perubahan harga dan kekal sama.

Nilai awal musim 2019/20 : £18 juta
Nilai Sekarang : £18 juta

Andrew Robertson

Pemain pertahanan kiri Scotland, Andrew Robertson mencatatkan peningkatan yang ketara sejak awal musim hampir mencecah £20 juta.

Robertson menikmati musim yang tenang dengan melakukan tujuh bantuan gol serta menjaringkan satu gol dalam penampilan di Premier League musim ini.

Nilai awal musim 2019/20 : £54 juta
Nilai Sekarang : £72 juta

Trent Alexander-Arnold

Pemain pertahanan muda Liverpool yang terkenal dengan hantaran lintang yang sempurna kini bernilai lebih £100 juta.

Berusia 21 tahun dan lahir dari akademi Liverpool, Trent Alexander-Arnold dalam perjalanan menjadi right-back terbaik sepanjang zaman.

Beliau berjaya mencatatkan jumlah bantuan jaringan tertinggi untuk seorang pemain pertahanan selama dua musim berturut-turut.

Nilai awal musim 2019/20 : £72 juta
Nilai Sekarang : £99 juta

Nathaniel Clyne

Nathaniel Clyne menunjukkan penyusutan nilai berbanding awal musim kerana kecederaan ACL yang dialami pada perlawanan pra-musim.

Kontrak Clyne akan tamat pada penghujung musim ini dan belum ada khabar bahawa beliau akan ditawarkan kontrak lanjutan.

Nilai awal musim 2019/20 : £10.8 juta
Nilai Sekarang : £9 juta

Fabinho

Fabinho membuat keputusan yang betul dengan menyertai Liverpool berbanding Manchester United dan menikmati kejayaan demi kejayaan bersama pasukan terhebat dunia.

Fabinho memulakan musim penuh bergaya dan memberikan yang terbaik sehinggalah mengalami kecederaan buku lali pada bulan November lalu.

Fabinho mencatakan kenaikan sehingga £18 juta dan sudah ada yang mula melabel beliau sebagai defensive midfielders terbaik di Eropah.

Nilai awal musim 2019/20 : £45 juta
Nilai Sekarang : £63 juta

Georginio Wijnaldum

Pemain tengah Liverpool yang menjadi watak penting dalam “come back” menentang Barcelona tidak mencatatkan sebarang kenaikan atau penurunan.

Ini bermakna nilai Wijnaldum kekal pada harga £45 juta hingga kini dan dilaporkan kerana usianya yang sudah menjangkau 29 tahun.

Nilai awal musim 2019/20 : £45 juta
Nilai Sekarang : £45 juta

Naby Keita

Naby Keita mencatatkan susut nilai yang sangat tinggi iaitu £16.2 juta walaupun ada beberapa perlawanan beliau beraksi dengan cemerlang.

Sejak tiba di Liverpool pada 2018, Naby Keita masih gagal mempamerkan aksi sebenar ekoran sering ditimpa kecederaan.

Pada usia 24 tahun masih banyak masa untuk Keita mendapatkan kembali kehebatan sebenar beliau.

Nilai awal musim 2019/20 : £54 juta
Nilai Sekarang : £37.8 juta

Jordan Henderson

Ketua pasukan yang sering menimbulkan pertikaian kerana aksinya di padang ada yang membenci dan ada yang sayang.

Henderson bersama Liverpool sejak 2011 dan menikmati hasil daripada kesengsaraan ketika zaman gelap sehinnga menjadi Liverpool yang gayat.

Kini berusia 29 tahun Henderson menikmati segalanya dan gelaran Premier League akan melengkapkan karier Henderson.

Nilai awal musim 2019/20 : £31.5 juta
Nilai Sekarang : £31.5 juta

Alex Oxlade-Chamberlain

Musuh utama Oxlade-Chamberlain bukanlah pasukan lawan tetapi kecederaan yang sering dialami sehingga membantutkan aksinya bersama Liverpool.

Oxlade-Chamberlain jarang mengecewakan apabila diberikan peluang oleh Jurgen Klopp untuk beraksi.

Nilai awal musim 2019/20 : £31.5 juta
Nilai Sekarang : £31.5 juta

James Milner

Pada usia 34 tahun, kecergasan yang ada James Milner tidak sepadan dengan usianya yang masih lagi mampu berlari ke segenap padang tanpa rasa penat.

Sebagai pemain serba guna dan berpengalaman Milner diberikan kontrak baharu dan akan kekal bersama Liverpool sehingga 2022.

Dengan usia 34 tahun maka tidak hairan nilai Milner semakin menyusut. Usia persaraan bagi sesetengah pemain.

Nilai awal musim 2019/20 : £13.5 juta
Nilai Sekarang : £10.8 juta

Adam Lallana

Kontrak Adam Lallana akan tamat pada musim panas ini dan setakat ini belum pasti Lallana akan ditawarkan kontrak baru untuk kekal atau tidak.

Lallana tiada masalah mendapatkan pasukan baru dengan perpindahan percuma kerana masih mampu bermain dengan baik.

Faktor usia membuatkan nilainya menyusut.

Nilai awal musim 2019/20 : £13.5 juta
Nilai Sekarang : £10.8 juta

Sadio Mane

Sadio Mane merupakan pemain Liverpool yang mencatatkan kenaikkan tertinggi sejak musim panas lalu dengan kenaikkan sehingga £27 juta.

Dengan memegang gelaran sebagai pemain terbaik Afrika 2019 maka tidak hairanlah harga beliau semakin meningkat nilainya.

Nilai awal musim 2019/20 : £108 juta
Nilai Sekarang : £135 juta

Takumi Minamino

Awal musim lalu bersama RB Slazburg nilai Takumi Minamino hanya £4.5 juta sahaja dan beliau meyertai Liverpool dengan harga £7.25 juta.

Itulah nilai dalam klausa pelepasan Minamino yang Manchester tidak perasan dan nilai terkini pemain Jepun itu £11.25 juta.

Nilai awal musim 2019/20 : £4.5 juta
Nilai Sekarang : £11.25 juta

Mohamed Salah

Mohamed Salah dibeli oleh Liverpool dari AS Roma pada tahun 2017 dengan harga £30 juta dan ketika itu ramai mengutuk bahawa Salah tidak berbaloi dan mahal.

Kini walaupun tiada penambahan nilai Salah sejak awal musim tetapi nilainya sangat tinggi iaitu £135 juta . Salah terbukti power dan tidak mengecewakan.

Sejak dibeli dari Roma harga Salah meningkat sehingga £100 juta. Berbaloi tak sekarang?

Nilai awal musim 2019/20 : £135 juta
Nilai Sekarang : £135 juta

Xherdan Shaqiri

Pemain bertubuh gempal ini jarang mendapat tempat dalam pasukan dikatakan kerana tidak berapa sesuai dengan corak permainan Klopp dan malas bertahan.

Dengan hanya bermain 175 minit di Premier League musim ini maka tidak hairanlah nilainya susut namun masih tinggi dari harga ketika dibeli.

Nilai awal musim 2019/20 : £22.5 juta
Nilai Sekarang : £19.8 juta

Roberto Firmino

Jarang pemain daripada Brazil mampu bermain dan mempamerkan prestasi sebenar apabila beraksi di Premier League.

Firmino yang terkenal dengan gol nakal beliau iaitu no look goal dan seorang watak penting dalam menggerakkan jentera serangan Liverpool.

Kini Firmino bernilai £81 juta dan menjadi nadi utama yang membentuk gandingan mantap bersama Mane dan Salah.

Nilai awal musim 2019/20 : £72 juta
Nilai Sekarang : £81 juta

Divock Origi

Divock Origi seorang pemain yang mempunyai sentuhan pertama yang memukau dan selalu menjadi wira pasukan kerana menjaringkan gol penting.

Origi kurang mendapat minit permainan musim ini dan lebih banyak memanaskan bangku simpanan sahaja.

Nilai awal musim 2019/20 : £18 juta
Nilai Sekarang : £18 juta

“Liverpool tidak pergi ke kelab terbaik dunia dan membeli pemain terbaik.”

“Liverpool tidak membeli pemain superstar tetapi mencipta mereka.”

Begitu lah ungkapan yang pernah diperkatakan oleh Jamie Carragher satu masa dahulu dan nyata apa yang beliau katakan adalah benar.

BACA:  Habuan £15 Juta Untuk Aston Villa Andai Man City Menjuarai Saingan Premier League