Nisbah Kemenangan United Tanpa Penalti Sangat Rendah

Nisbah kemenangan Manchester United dalam saingan Liga Premier tanpa penalti di bawah Ole Gunnar Solskjaer adalah berada di paras yang sangat Rendah.

Manchester United hanya memenangi lima perlawanan dalam Liga Perdana tanpa sebarang penalti yang diberikan sejak Ole Gunnar Solskjaer dilantik menjadi pengurus tetap mereka pada bulan Mac.

Solskjaer telah membantu menghidupkan prestasi United dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan setan merah kini telah berjaya memenangi lapan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Salah satu faktor utama dalam kelebihan jaringan United musim ini adalah menerusi penalti dengan United menerima sepuluh penalti dalam Liga Perdana Inggeris.

Walau bagaimanapun, United telah dituduh bergantung pada tendangan penalti dan ratio kemenangan pasukan mereka tanpa penalti hanyalah memiliki lima kemenangan daripada 36 perlawanan liga.

Nisbah kemenangan Liga Perdana mereka tanpa penalti di bawah kendalian pengurus Norway itu hanya 14%, dan lima perlawanan yang mereka menang tanpa bantuan penalti adalah seperti yang disenaraikan dibawah mengikut TransferMarkt:

2-1 vs Watford pada 30 Mac 2019

3-1 vs Brighton & Hove Albion pada 10 November 2019

4-1 vs Newcastle United pada 26 Disember 2019

0-2 vs Burnley pada 28 Disember 2019

0-2 vs Chelsea pada 17 Februari 2020

United memenangi dua penalti dalam kemenangan 3-1 ke atas Norwich City pada Oktober lalu tetapi kedua-duanya diselamatkan oleh Tim Krul.

Penalti adalah sebahagian daripada permainan tetapi beberapa peminat telah menggunakan ketergantungan United kepada penalti sebagai cara untuk mengkritik gaya permainan mereka.

Solskjaer membincangkan mengapa United memenangi banyak penalti pada September dan mempercayai ia adalah kerana keupayaan pemain serangan mereka dan mereka memang layak mendapat sepakan penalti itu.

“Saya fikir ia adalah jenis pemain yang kami miliki,”

kata Solskjaer kepada The Mirror pada bulan September.

“Mereka mempunyai kaki yang cepat, kemahiran yang baik dan kebanyakan mereka tidak pernah dibahaskan.”

United mempunyai peluang untuk melonjak ke tempat empat teratas dalam Liga pada hari Ahad lalu apabila mereka turun berdepan Everton di Goodison Park.

Tetapi mereka terkejut pada awal perlawanan apabila kesilapan David De Gea memberikan kelebihan kepada pasukan Carlo Ancelotti menerusi Dominic Calvert-Lewin.

Bruno Fernandes telah berjaya menjaringkan gol dalam tiga perlawanan untuk United secara berturut-turut di dalam Liga dan seterusnya berjaya mengikat Everton dengan keputusan seri 1-1 hingga tamat perlawanan.

‘The Toffees’ menyangka mereka sudah menang apabila Calvert lewin menjaringkan gol kemenangan diwaktu kecederaan perlawanan sebelum gangguan VAR.

Calvert-Lewin fikir dia telah menjadi wira kemenangan untuk Everton menewaskan United dengan gol jaringan beliau di minit akhir perlawanan. Namun jaringan itu dibatalkan oleh VAR kerana Gylfi Sigurdsson dinilai telah menghalang pemandangan De Gea.

Tetapi tidak dinafikan selepas kemasukkan Bruno Fernandes ke dalam pasukan. Corak permainan United sangat berbeza dan mereka konsisten dalam aksi mereka.

BACA:  Varane Laung Amaran: "Manchester United Ada Kualiti Untuk Menjulang UCL"