Nkunku Terlepas Piala Dunia Selepas Cedera Ketika Sesi Latihan Bersama Perancis

nkunku cedera

Malang dan kisah sedih menimpa Christopher Nkunku yang terpaksa melupakan aksi Piala Dunia yang bakal membuka tirai selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan bersama skuad Perancis.

Ia telah disahkan dia tidak akan memainkan peranan di Qatar selepas terlibat dalam satu pertembungan yang menyaksikan Nkunku menerima terjahan keras daripada rakan sepasukan Eduardo Camavinga.

Ketika sesi latiahn Christopher Nkunku dan Eduardo Camavinga berada dalam situasi perebutan bola 50-50 dan kedua-duanya dengan penuh semangat mahu merebut bola di kompleks latihan Clairefontaine.

Bintang muda Real Madrid, Eduardo Camavinga kelihatan memenangi bola tetapi secara tidak sengaja menapak butnya ke kaki Nkunku yang mengundang petaka.

Pemain berusia 25 tahun itu terus jatuh dalam kesakitan, memegang kakinya ketika rakan sepasukannya mengelilinginya.

Apabila Nkunku bangkit, dia menerima kata-kata semangat daripada Deschamps dan Camavinga sebelum terkial-kial keluar dari padang.

Satu kenyataan rasmi daripada pasukan kebangsaan Perancis berbunyi:

“Cedera dalam latihan, Christopher Nkunku terpaksa menarik diri dari menyertai Piala Dunia. Seluruh pasukan berkongsi kesedihan Christopher dan mendoakan agar dia cepat sembuh.”

Keadaan yang menyedihkan yang merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan dan terjadi begitu saja. Tiada siapa yang patut dipersalahkan.

Perancis dibenarkan untuk memanggil pengganti Nkunku sekiranya mereka mahu berbuat demikian dan Randal Kolo Muani dipilih menjadi pengganti Nkunku.

Randal Kolo Muani merupakan pemain penyerang yang berusia 23 tahun dan kini beraksi bersama Eintracht Frankfurt yang juga beraksi di Bundesliga.

Penyandang juara Piala Dunia itu sudah kehilangan beberapa pemain utama sebelum ini kerana kecederaan.

Duo tengah Paul Pogba dan N’Golo Kante, dua bahagian penting dalam kejayaan 2018, tidak akan dapat beraksi untuk jangka masa panjang.

Pemain pertahanan tengah Presnel Kimpembe pada mulanya dipilih tetapi terpaksa menarik diri kerana masalah hamstring.

Raphael Varane turut dipilih dalam skuad 26 pemain terakhir walaupun tidak bermain sejak mengalami kecederaan ketika Manchester United seri 1-1 dengan Chelsea pada 21 Oktober.

Pemain penyerang dan juga tengah berusia 25 tahun itu meneruskan kecemerlangan kariernya musim ini bersama RB Leipzig di Bundesliga.

Nkunku telah menjaringkan 12 gol dalam 15 penampilan di liga Jerman melayakkannya untuk mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia Perancis.

Pada awal tahun ini, Nkunku telah diberikan peluang oleh Didier Deschamps membuat debut bersama Les Blues dan kini telah memilik 8 cap secara keseluruhannya.

Tiada apa yang menggemberikan buat pemain bola sepak apabila dapat beraksi bersama skuad kebangsaan apatalah di Piala Dunia pula.

Nama Nkunku menjadi sebutan dan dijangka berada dalam kesebelasan utama dalam perlawanan pembukaan kumpulan D di mana Perancis bertemu Australia pada 22 November.

Perancis adalah antara pilihan untuk memenangi Piala Dunia, yang bermula pada 20 November apabila negara tuan rumah Qatar menentang Ecuador.

skuad perancis

Didier Deschamps telah mengumumkan senarai nama pemain skuad Perancis yang akan menggalas tanggungjawab di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada musim sejuk ini.

FIFA telah membenarkan maksima 26 orang pemain untuk dibawa ke Qatar namun Didier Deschamps memilih untuk membawa hanya 25 orang pemain sahaja.

Tanpa Nkunku yang cedera, Perancis hanya ada 24 pemain dan jika ditambah kesangsian tahap kecergasan Varane maka 23 pemain yang Deschamps miliki sekarang.

Ini senarai 25 pemain Perancis ke Piala Dunia termasuklah Nkunku:

Penjaga Gol:

Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)
Alphonse Areola (West Ham)
Steve Mandanda (Rennes)

Pertahanan:

Lucas Hernardez (Bayern Munich)
Theo Hernandez (AC Milan)
Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain)
Ibrahima Konate (Liverpool)
Jules Kounde (Barcelona)
Benjamin Pavard (Bayern Munich)
William Saliba (Arsenal)
Dayot Upamencano (Bayern Munich)
Raphael Varane (Manchester United)

Tengah:

Eduardo Camavinga (Real Madrid)
Youssouf Fofana (Monaco)
Matteo Guendouzi (Marseille)
Adrien Rabiot (Juventus)
Aurelien Tchouameni (Real Madrid)
Jordan Veretout (Marseille)

Penyerang:

Karim Benzema (Real Madrid)
Kinglsey Coman (Bayern Munich)
Ousmane Dembele (Barcelona)
Olivier Giroud (AC Milan)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
Christopher Nkunku (RB Leipzig)

BACA:  Piala Dunia 2022: Maghribi 1-0 Portugal