Pemain Bintang Yang Kini Bersama Arsenal Hampir Menyertai Spurs Pada Tahun 2012

Bekas pengurus Tottenham, Tim Sherwood mendakwa beliau pernah memberitahu bekas majikannya itu untuk menandantangani Pierre Emerick-Aubameyang dari Saint-Etienne pada tahun 2012.

Arsenal membelanjakan £56juta bagi mendapatkan Aubameyang dari Borussia Dortmund pada tirai perpindahan Januari lalu. Penyerang antarabangsa Gabon ini berjaya menjaringkan 141 gol dari 213 penampilan bersama Yellow Army, dan muncul penjaring terbanyak Bundesliga musim lepas dengan jumlah jaringan 31 gol.

Sikit ni lagi Spurs nak sign Aubameyang

Ketika Aubameyang berumur 21 tahun (tahun 2011), beliau bermain bersama Saint-Etienne di Ligue 1 selepas dilepaskan oleh AC Milan. Beliau berjaya menunjukkan prestasi yang baik ketika itu dengan menjaringkan 41 gol dari 97 perlawanan bersama kelab tersebut.

Sherwood ketika itu memegang jawatan pembantu jurulatih pasukan utama Tottenham, dan bekerja di bawah Harry Redknapp, pengurus Spurs ketika itu. Sherwood berkata beliau tertarik dengan aksi yang ditampilkan oleh Aubameyang ketika Gabon bertemu Brazil dalam satu perlawanan persahabatan.

“Aubameyang ketika itu bukanlah pemain yang terkenal di Liga Perdana Inggeris tetapi saya telah lama melihat aksi pemain ini.”

Sebelum Hipster Pomade mencipta nama, Aubamyeang terlebih dahulu mencubanya

“Saya sedang melihat aksi Sandro dalam perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Gabon. Saya terpandang aksi seorang pemain remaja Gabon yang turun naik di bahagian sayap kanan.”

“Dengan cepat, saya menelefon kelab dan berkata, ‘Kita harus memerhatikan dengan lebih dekat lagi pemain muda ini’. Tottenham mendengar pendapat saya dan mereka mengikuti perkembangan Aubameyang.”

“Tottenham mengikuti perkembangan Aubameyang buat seketika tetapi pengurus Spurs ketika itu tidak percaya Aubameyang adalah pemain yang diperlukannya.”

Dua bulan selepas Sherwood mendakwa beliau menonton aksi Aubameyang, pengurus Spurs ketika itu, Redknapp berjaya meyakinkan pengerusi Spurs untuk mendapatkan Louis Saha dari Everton. Malangnya, Saha gagal menunjukkan prestasi yang baik di White Hart Lane dan hanya mampu menjaringkan 4 gol dari 12 penampilan beliau bersama Spurs.

Siapa yang lebih power hujung minggu ini ?

Aubameyang berjaya menjaringkan satu gol dalam debutnya bersama Arsenal hujung minggu lalu. Walaupun terbabit dalam pelbagai kontroversi pada awal musim ketika masih bergelar pemain Dortmund, beliau masih lagi berjaya menjaringkan 13 gol dari 16 penampilan. Satu jumlah yang agak tinggi bagi pemain yang bermasalah dan pernah digantung kelab.

Tetapi, sudah tentu Spurs tidak terlalu berduka dengan kegagalan mereka mendapatkan Aubameyang kerana mereka kini mempunyai Harry Kane bagi mengemudi jentera serangan. Menariknya, Kane adalah pemain yang Arsenal pernah lepaskan ketika beliau berusia 8 tahun.

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 0-3 Aston Villa