Nottingham Forest: Jendela Perpindahan Januari yang Tenang Tetapi Adakah ia Berjaya?
Jendela perpindahan Januari kali ini agak tenang untuk Nottingham Forest. Hanya beberapa pemain muda keluar dan beberapa prospek baharu dibawa masuk. Tetapi bagaimana keadaan skuad kendalian Nuno Espírito Santo selepas tempoh ini? Adakah ia satu kejayaan atau kegagalan?
Jendela Perpindahan yang Berbeza
Bagi penyokong, jendela perpindahan kali ini mungkin terasa sepi. Namun bagi Nuno, ia adalah satu kejayaan. Dia sentiasa menegaskan bahawa keutamaannya adalah untuk mengekalkan kestabilan dan memastikan pemain penting tidak meninggalkan kelab.
Ia adalah jendela yang dirancang dengan berhati-hati dan stabil, sesuatu yang boleh dianggap sebagai langkah bijak. Jika pasukan sedang berfungsi dengan baik mengapa ianya perlu diubah?
Sekarang Nuno berada di Dubai bersama pemainnya untuk menjalani latihan dalam cuaca panas. Ia satu perancangan yang sering digunakannya semasa bersama Wolves. Dia pasti gembira kerana skuadnya kekal bersatu tanpa gangguan besar.
Perbelanjaan dan Pemain Keluar
Dari sudut perbelanjaan, tidak banyak yang dibelanjakan atau hasil yang diraih. Nottingham Forest menandatangani Tyler Bindon dari Reading dengan yuran kecil kerana kontraknya hampir tamat.
Dari sudut pemain yang keluar, mereka mengurangkan beban gaji dengan pemergian James Ward-Prowse yang kembali ke West Ham serta Emmanuel Dennis ke Blackburn Rovers.
Pemain Baharu?
Hanya satu pemain yang benar-benar ditandatangani untuk pasukan utama dan pemain itu merupakan pelaburan jangka panjang. Bindon, seorang pertahanan berusia 20 tahun dipinjamkan ke Reading secara pinjaman selepas menandatangani kontrak bersama Forest. Pengalamannya dalam saingan promosi League One akan membantu perkembangannya.
Selain itu, Forest juga mengikat semula Wayne Hennessey sebagai penjaga gol ketiga dan membawa masuk beberapa pemain muda ke dalam akademinya termasuk Joel Ndala dari Manchester City.
Tiada Pemain Utama Dilepaskan
Aspek paling menggembirakan bagi Nuno adalah tiada pemain utama yang meninggalkan pasukannya.
Murillo dan Morgan Gibbs-White telah menarik minat kelab-kelab besar seperti Chelsea dan Liverpool tetapi Forest berjaya mengekalkan mereka. Malah Chris Wood dan Murillo telah menandatangani kontrak baharu dan Ola Aina serta Gibbs-White mungkin akan menyusul.
Nuno sememangnya mahukan skuad yang kecil tetapi berkualiti serta bersatu.
Adakah Masih Ada Kekurangan dalam Pasukan?
Secara keseluruhan, skuad Forest cukup mantap kecuali jika mereka berdepan dengan masalah kecederaan yang serius. Dalam dua jendela perpindahan terakhir, Forest cuba mendapatkan seorang penyerang tambahan sebagai saingan kepada Wood dan Taiwo Awoniyi, tetapi kelab itu gagal mendapatkan pemain yang diinginkannya.
Jika Wood, yang telah menjaringkan 17 gol kekal cergas, Forest tidak akan menghadapi masalah besar.
Di posisi bek kiri mungkin akan ada kekosongan pada musim panas nanti bergantung kepada keputusan Forest sama ada mahu menjadikan pinjaman Alex Moreno dari Aston Villa sebagai perpindahan tetap.
Mampukah Mereka Mencapai Sasarannya Pada Musim Ini?
Sasaran utama Forest pada awal musim adalah mengelakkan kekal di Liga Perdana dan mereka telah berjaya melaksanakannya dengan cemerlang. Kini mereka berada dalam persaingan untuk tempat ke Liga Juara-Juara.
Forest telah membuat kejutan terbesar dalam Liga Perdana dan kini berada di kedudukan ketiga berdasarkan merit. Jika mereka terus mengekalkan prestasi dan mengelakkan masalah kecederaan pemain, tempat keempat adalah sesuatu yang boleh dicapai.
Bajet untuk Musim Panas?
Forest mempunyai dana untuk dibelanjakan untuk musim panas nanti.
Walaupun sering dilabel sebagai kelab yang berbelanja besar, hakikatnya Forest telah merekrut pemain secara bijak sejak beberapa musim lepas. Forest berjaya mendapatkan pemain seperti Murillo, Nikola Milenkovic, Elliot Anderson, Anthony Elanga dan Matz Sels dengan harga yang baik.
Strategi Forest adalah untuk mendapatkan pemain muda berkualiti dari seluruh dunia dan memberikan mereka platform untuk berkembang di Liga Perdana. Jika mereka mengekalkan pendekatan ini pada musim panas nanti, mereka tidak akan tersasar jauh dari pelan dan strateginya.
Keutamaan Musim Panas Nanti?
Forest perlu mendapatkan seorang lagi penyerang.
Wood telah menunjukkan prestasi cemerlang tetapi dia sekarang sudah berusia 33 tahun. Perancangan jangka panjang perlu dilakukan oleh Forest.
Mereka sebelum ini telah cuba mendapatkan Yoane Wissa dari Brentford dengan tawaran £22 juta tetapi gagal mencapai persetujuan. Forest mungkin akan mencuba lagi untuk membelinya pada musim panas nanti.
Selain itu, Forets juga perlu memastikan pemain seperti Callum Hudson-Odoi dan Neco Williams menandatangani lanjutan kontrak. Kontrak kedua pemain ini akan tamat pada 2026.
Kesebelasan Terbaik Nottingham Forest
Forest mempunyai banyak pilihan berkualiti di bahagian tengah. Ibrahim Sangaré, Ryan Yates dan Nico Dominguez mampu memberi impak. Namun. Elliot Anderson agak menyerlah pada musim ini dan Danilo kelihatan sebagai pasangan yang sempurna untuknya.
Kesebelasan utama dalam sistem 4-2-3-1 pilihan Nuno mungkin seperti berikut:
(4-2-3-1):
Matz Sels; Aina, Nikola Milenkovic, Murillo, Neco Williams; Danilo, Elliot Anderson; Anthony Elanga, Morgan Gibbs-White, Callum Hudson-Odoi; Chris Wood
Senarai Penuh Perpindahan
Masuk:
- Tyler Bindon (Reading) – Tidak didedahkan (dipinjamkan semula ke Reading)
- Wayne Hennessey – Ejen bebas (kontrak jangka pendek)
- Joel Ndala (Manchester City) – Pinjaman dengan pilihan pembelian (untuk akademi)
Keluar:
- Andrew Omobamidele (Strasbourg) – Pinjaman dengan pilihan pembelian
- James Ward-Prowse (West Ham) – Tamat pinjaman atas persetujuan bersama
- Emmanuel Dennis (Blackburn Rovers) – Pinjaman
- Lewis O’Brien (Swansea) – Pinjaman
- Josh Bowler (Luton) – Pinjaman
- Ben Perry (Northampton) – Pinjaman
- Joe Gardner (Lincoln) – Pinjaman
- Esapa Osong (Cambridge United) – Pinjaman
- Fin Back (Wycombe) – Tidak didedahkan
- Aaron Donnelly (Dundee) – Tidak didedahkan
Nottingham Forest mungkin tidak aktif di pasaran perpindahan Januari tetapi mereka telah mencapai apa yang mereka inginkan iaitu mengekalkan kestabilan dan membina pasukan untuk jangka panjang. Kini, cabaran mereka adalah untuk terus bersaing di kelompok teratas Liga Perdana.