Itali menjadi negara pertama menggantung segala aktiviti sukan termasuklah bola sepak iaitu Serie A kerana penularan wabak Coronovirus yang semakin serius.
Keputusan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Italy, Giuseppe Conte dalam satu sidang media kecemasan.
“Masa semakin suntuk, statistik memberitahu kita bahawa penularan ini meningkat secara mendadak, ramai dalam unit rawatan rapi dan kematian juga meningkat.”
“Kita mesti korbankan sesuatu untuk kebaikan Italy. Kerana itulah langkah pencegahan lebih ketat akan diambil.”
#SerieA , #SerieB and all other sporting events in Italy are suspended until April 3 following another spike in #Coronavirus cases and deaths. It's not yet clear how this affects #UCL and #UEL https://t.co/fmMGMXXljc pic.twitter.com/Ar4zH0EgqM
— footballitalia (@footballitalia) March 9, 2020
Pemain Juventus, Daniele Rugani telah disahkan positif Coronavirus menyebabkan pasukan Juventus telah dikuarantin.
Rugani telah menunjukkan simpton Covid-19 dan Juventus telah menggantung segala aktiviti kelab.
OFFICIAL: Juventus’ Champions League game vs. Lyon on Tuesday has also been postponed after Daniele Rugani was diagnosed with the coronavirus pic.twitter.com/sxBUNdfxZ9
— B/R Football (@brfootball) March 12, 2020
Selepas Serie A, La Liga juga telah mengambil langkah yang sama seperti Itali apabila menggantung perlawanan sehingga 3 April 2020.
Keputusan penggantungan perlawanan ini telah diumumkan melalui satu siaran media di laman sesawang rasmi La Liga.
Pemain Real Madrid telah dikuarantin selepas seorang pemain bola keranjang Real Madrid telah disahkan positif Coronavirus.
Official | LaLiga has been suspended pic.twitter.com/uT4gcf9iAF
— Real Madrid Info (@RMadridInfo) March 12, 2020
Semua perlawanan akan digantung selama dua minggu.
Ekoran penularan ini, perlawanan Real Madrid dan Juventus di saingan Champions League telah ditunda.
Pengurus Wolverhampton Wanderer, Nuno Espirito Santo gusar dengan situasi wabak yang melanda dunia ketika ini.
Nuno Espirito Santo berpendapat Wolves tidak perlu bermain menentang Olympiakos di Europa dengan pandemic yang melanda.
Kenyataan jujur Nuno Espirito Santo dikeluarkan sebelum perlawanan yang berlangsung di stadium tertutup.
“Kau sedar tak apa terjadi di seluruh dunia, orang mata, tapi sekarang kami perlu bermain bola sepak?”
“Ini tidak masuk akal.”
"You realise what's happening worldwide, people are dying, now we have to play a game of football?"
"It's absurd."
Wolves boss Nuno Espirito Santo is not happy that his side are being made to play Olympiacos tonight. pic.twitter.com/efGYOs2Ide
— Football on BT Sport (@btsportfootball) March 12, 2020
Meletakkan sukan melebihi kesihatan pemain bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak kena langsung dengan konsep kesukanan, bersukan untuk sihat.
Nuno Espirito Santo tidak gembira dengan situasi ini namun terpaksa meneruskan perlawanan.
“Ayuh pergi dan berjuang.”
“Ini bukan apa yang kami mahu, kami mahu bersaingan dalam persekitaran yang normal dengan penyokong Olympiacos yang kental.”
“Inilah saingan yang kami suka tapi dengan halangan yang ada, kami harus fokus dan bermain dengan baik.”
Dalam perlawanan ini anak buah Nuno Espirito Santo bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk mengikat Olympiacos melalui Pedro Neto.
Olympiacos bermain 10 pemain sejak minit ke-29 namun masih mampu untuk berada di depan dan Wolves gagal mengambil peluang.
Kelebihan gol tempat lawan di bawa untuk perlawanan kedua.